Monday 8 June 2020

Sembah Tahniah Sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong dari PSSCM



Dirgahayu Tuanku...

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, pada 08 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441H.

Semoga Allah S.W.T lanjutkan usia dan pemerintahan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI.

Sembah Takzim Daripada:

Guru Utama dan Presiden bersama Barisan Kepimpinan serta seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2020

Tuesday 2 June 2020

11 tahun PSSCM di bawah Kepimpinan YM Datuk Haji Maideen Kadir Shah




11 tahun yang lalu, insan ini telah diamanahkan untuk memikul tanggungjawab selaku Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah.

Inilah insan yang telah begitu banyak berkorban, menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit demi kelangsungan perkembangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

11 tahun beliau memegang tampuk pentadbiran PSSCM, begitu banyak kemajuan dan perkembangan yang telah dikecapi. Baik dari segi persilatan mahupun di bidang pentadbiran Persatuan, diuruskan secara sistematik, hasil garapan idea oleh beliau sendiri.

Pandangannya yang begitu memberangsangkan, perspektif idea yang cukup berkualiti, perlaksanaan setiap perancangan yang dikawal selia oleh beliau sendiri, menjadikan beliau sebagai IDOLA bagi ahli-ahli PSSCM.

Terima kasih YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah atas bimbingan, panduan dan nasihat. Terima kasih kerana sudi memimpin kami. Sesungguhnya tidak terbalas oleh kami, ahli-ahli sekalian.

Hanya doa yang mampu kami titipkan buat YM Datuk, semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat yang bertali-arus dari Allah SWT, diberikan kesihatan tubuh badan, dikurniakan keberkatan usia untuk terus memimpin kami, untuk terus mengemudi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ke arah yang lebih dinamik dan berkualiti.



Kami dari PSSCM Kelas Latihan Putrajaya ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada YM Datuk Haji Maideen Kadir Shah; Guru Utama merangkap Presiden PSSCM. 

Semoga Allah swt merahmati kepimpinan YM Datuk dan membawa banyak kejayaan kepada perkembangan PSSCM di negara ini demi agama, bangsa dan negara.