Saturday 6 May 2023

Sambutan Hari Raya PSSCM 2023 meriah


Seremban, Negeri Sembilan: Sabtu, 6 Mei 2023.
PSSCM telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri YM Datuk Guru Utama dan Presiden bersama-sama 2,000 orang ahli PSSCM, keluarga dan jemputan khas dari seluruh negara. 

Sambutan ini merupakan acara tahunan PSSCM bagi meraikan syawal bersama-sama keluarga besar PSSCM seluruh negara dengan pelbagai juadah hidangan hari raya disediakan secara gotong royong oleh tukang-tukang masak PSSCM selain hidangan khas yang disediakan oleh cawangan-cawangan negeri PSSCM. 





Majlis ini turut dihadiri oleh Penaung PSSCM; YTM Tuanku Fauzi Ibni Tunku Malek dan isteri serta Guru Kehormat PSSCM; Y Bhg. Dato' Seri Johan Iskandar bin Dato' Hussien. 

Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan dan persilatan bermula jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam.




Lagi foto raya: 

 https://www.facebook.com/cekakmalaysia/posts/pfbid0CwDnCf74jCEobn68kNC7eCZyJxd22MaJsbcpsi1x1Pz39Q9DmZxErH5658x1MWU3l

Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya 2023