Saturday 30 September 2017

USIM: Dua Pembentangan Kertas Kerja PSSCM Harumkan Nama Cekak @I-Stet USIM


Sabtu, 30 September 2017, NILAI: PSSCM telah menghantar 2 orang pembentang kertas kerja ilmiah berkaitan PSSCM dan Tamadun Melayu di Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami 2017 (I-STET 2017) bertempat di Pusat Pengajian Teras Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Seminar yang dihadiri oleh seramai 32 orang pembentang kertas kerja mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi dan NGO ini membentang sebanyak 32 buah kertas kerja yang akan dimasukkan di dalam Jurnal akademik USIM dan Pusat Pengajian Teras.

Seminar ini turut disertai oleh wakil-wakil pembentang dari Universiti -universiti dari Indonesia.




Wakil dari PSSCM yang turut membentangkan kertas kerja ilmiah mereka adalah Ar Dr Mastor bin Surat dari UKM dan Tuan Shukri bin Janudin dari UPM. Tajuk-tajuk kertas kerja mereka ialah;

a. I-STET17-003: Mengenalpasti Agama Orang Melayu Sebelum Islam Melalui Pendekatan Bahasa Pertuturan dan Bahasa Senibina Purba Melayu oleh Ar. Dr Mastur bin Surat

b. I-STET17-017: Peranan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Di dalam Pembangunan Komuniti Melayu-Muslim Berteraskan Ilmu Persilatan oleh Tuan Shukri bin Janudin

Sila rujuk:

http://ppt.usim.edu.my/images/files/Prosiding2017.pdf
file:///C:/Users/User/Downloads/Prosiding2017.pdf

Semoga dengan penyertaan  2 orang wakil PSSCM ke dalam seminar ini berjaya meningkatkan taraf ilmu dalam seni silat Melayu khususnya merealisasikan Silat Cekak Silat Akademik.   

Insya Allah semoga tahun depan PSSCM akan menghantar lagi wakil-wakil mereka. Hidup Cekak!!!

Foto-foto menarik;















Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya@2017

Friday 22 September 2017

Program Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM 2017


Jumaat, 22 Sept 2017...Bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah 1439, PSSCM Putrajaya secara tradisinya turut menyertai program Marhaban, Berzanji dan Qasidah Burdah di Dewan Datuk Hj Maideen,PSSCMNegeri Sembilan

Tema Program ini masih mengekalkan tema Perayaan 52 Tahun PSSCM iaitu "Budaya Silat Teras Transformasi Negara" 


Pada sebelah petangnya program diteruskan dengan Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM. Seramai 961 orang ahli PSSCM ditauliahkan oleh YM Datuk Guru Utama merangkap Presiden PSSCM menjadi barisan Tenaga Pengajar PSSCM di seluruh negara. 

Lebih 1,200 orang ahli PSSCM seluruh negara menghadiri program ini.


Alhamdulillah sehingga kini lebih 140 buah kelas latihan PSSCM beroperasi di seluruh negara dengan 87 buah darinya adalah kelas latihan di institusi-institusi pengajian negara seperti universiti, kolej, maahad dan sekolah menengah termasuklah di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) yang merupakan sekolah perintis Program 1 Sekolah 1 Silat. 




Kepada barisan Tenaga Pengajar...Selamat menjalankan tugas 

YMDGU bersalaman dengan para penuntut di akhir program 


Saturday 16 September 2017

Janda Baik ...Kami Datang!!!


Sabtu, 16 September 2017...Kembara famili Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - PSSCM Putrajaya kali ini bersantai mandi sungai di Riverside Janda Baik, Pahang Darul Makmur sambil BBQ. 

Perjalanan kami dari Putrajaya ke Janda Baik hanya mengambil masa 1 jam 30 minit melalui sedikit kesesakan lalu lintas di Lebuhraya MRR2. 




Syukur AlhamduLillah, kehijauan di Janda Baik masih terpelihara, Air Sungai Sum-Sum masih segar dan sejuk. Sambil BBQ kita berkhemah dan makan bersama-sama. 





Best betul hidup tanpa hambatan kerja. Santai-santai tergerak hati pergi saja...tak perlu buat kertas kerja dan berprotokol bagai.  Sampai ke destinasi kita enjoy bagai sebuah keluarga. Baru boleh release stress  dan dapat erat silaturrahim.





Cuti Hari Malaysia begini memang seronok bersama famili...Janda Baik kau tunggu kami datang lagi...Insya Allah.

Silat Cekak bukan sekadar Silat...Negaraku Sehati Sejiwa.



Foto-foto menarik;