Saturday 11 January 2020

Sambutan Sedekad PSSCM Putrajaya & Program Bicara Ilmu 2020



11 Januari 2020, Sabtu. PUTRAJAYA: PSSCM Putrajaya telah menganjurkan Program Sambutan Sedekad PSSCM di Putrajaya dan Program Bicara Ilmu bertempat di Dewan Auditorium 1, Pusat Komuniti Presint 16, Putrajaya.


Program tersebut telah dirasmikan oleh YMDGU dan Presiden PSSCM; Datuk Haji Maideen Kadir Shah telah dihadiri seramai 160 orang peserta yang terdiri dari ahli-ahli PSSCM kelas latihan Lembah Kelang termasuk seramai 32 ahli PSSCM Putrajaya. Turut hadir adalah Encik Safaran bin Ahmad;Ketua Pengurusan kelas-kelas latihan Ibu Pejabat yang juga Naib Presiden II PSSCM.


Sebahagian Ahli-Ahli Jawatankuasa Penggerak Sambutan Sedekad PSSCM Putrajaya

Program diadakan bersempena ulangtahun ke 10 penubuhan PSSCM di Putrajaya yang ditubuhkan secara rasmi sejak tahun 2010. 

Lihat: http://psscmklputrajaya.blogspot.com/2011/01/penggerak-awal-psscm-kelas-latihan.html

Kata-kata aluan telah disampaikan oleh Penyelia PSSCM Putrajaya; Encik Sharudin bin Yasin yang mengucapkan terima kasih atas kesudian YMDGU dan ahli-ahli PSSCM hadir memberi sokongan ke program anjuran PSSCM Putrajaya ini. Beliau turut menceritakan sejarah penubuhan awal PSSCM di Putrajaya yang sentiasa berusaha merapatkan hubungan antara PSSCM dengan pihak kerajaan dan komuniti setempat dengan pelbagai aktiviti selama 10 tahun PSSCM berkembang di negeri ini.




Bersempena ulangtahun ini juga, sebuah program pengisian ilmu iaitu Bicara Ilmu bertajuk: "Pengkisahan Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid dalam Persejarahan Silat Cekak dan Negeri Kedah - Merungkai Kisah Yang Terpendam" turut diadakan.

Syarahan telah disampaikan oleh Saudara Shukri bin Janudin; Penasihat PSSCM Putrajaya sendiri melalui kajian beliau sejak tahun 1998 lagi.  Kajian tersebut telah melalui prosiding pembentangan secara ilmiah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok pada September 2019 lalu. 






Di dalam syarahan selama dua jam tersebut beliau telah merungkai identiti sebenar Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid beserta bukti-bukti catatan dan rekod dokumentasi sejarah dalam dan luar negara yang berkaitan sejak tahun 1800 sehingga 1925, sekaligus membuktikan bahawa kedua-dua tokoh tersebut sememangnya wujud secara bernasab dan bersanad dalam catatan sejarah negeri Kedah. 

Seterusnya dalam YMDGU dalam ucapan perasmiannya telah mengucapkan syabas kepada pihak PSSCM Putrajaya kerana berjaya mengukuhkan penglibatan di Putrajaya. Beliau menyeru supaya ahli-ahli PSSCM sentiasa berusaha membangunkan ilmu Silat Cekak di kalangan masyarakat terutamanya di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi dan masyarakat belia demi agama, bangsa dan negara.







Silat Cekak menurut YMDGU lagi merupakan sebuah ilmu yang nyata dan mengajar supaya ahli-ahlinya bersatu-padu dan sentiasa bersedia mempertahankan diri, agama, bangsa dan negara. PSSCM juga sentiasa menggalakan perkembangan ilmu dengan membangunkan modal insan yang amat diperlukan selaras dengan amanat Pengasas Silat Cekak dan Presiden PSSCM; YM Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad agar merealisasikan Silat Cekak sebagai Silat Akademik.

Majlis diakhiri dengan montaj Sedekad PSSCM Putrajaya dan demonstrasi Silat Cekak.







Rakaman video program boleh ditonton melalui;

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/1073821026290845/

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya 2020.

  

Saturday 4 January 2020

Perkelahan Santai Famili PSSCM Putrajaya


Sabtu 4 Januari 2020: JANDA BAIK BENTONG. Seramai 33 orang ahli-ahli keluarga PSSCM Putrajaya telah mengadakan Perkelahan Santai PSSCM Putrajaya bertempat di Riverside Janda Baik Pahang.







Perkelahan ini merupakan aktiviti pembuka tirai PSSCM Putrajaya pada tahun 2020 yang menjadi aktiviti rekreasi dan riadah santai ahli-ahli bagi merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan dalam kalangan ahli keluarga PSSCM Putrajaya.

Selain mandi sungai kami juga berBBQ...







Aktiviti ini juga merupakan program pra seminar yang akan dianjurkan oleh PSSCM Putrajaya pada 11 Januari 2020 akan datang sebagai sebahagian pengisian Sambutan Sedekad PSSCM Putrajaya (2010-2020).



Disediakan oleh Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2020

Thursday 2 January 2020

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Sambutan Sedekad PSSCM Putrajaya 3/2019


Khamis, 2 Januari 2020: PUTRAJAYA. PSSCM Putrajaya telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Sambutan Sedekad PSSCM Putrajaya (2010-2020) Bilangan 3 / 2019 bertempat di Bilik Serbaguna Komuniti Presint 11, Putrajaya.

Program terdekat adalah perkhemahan santai famili PSSCM Putrajaya pada Sabtu, 4 Januari 2020 yang akan diadakan di Riverside Janda Baik Bentong Pahang. Program tersebut akan disusuli Program Perasmian Sambutan Sedekad PSSCM Putrajaya dan Bicara Ilmu. 




Persediaan rapi turut disusun bagi menjayakan program Bicara Ilmu berkaitan Persejarahan Silat Cekak di Negeri Kedah sepanjang tahun 1800 - 1925 yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan dari PSSCM.

Insya Allah kita pastikan apa yang dirancang akan dipermudahkan Allah swt, Insya Allah.

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2020