Wednesday 27 December 2023

58 tahun Ulangtahun Kelahiran Silat Cekak, Sanadnya Terjaga Warisan Terpelihara


Khamis, 28 Disember 2023: AlhamduLillah genap 58 tahun usia kelahiran semula Seni Silat Cekak sejak ia diasaskan oleh YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad; Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).

Ilmu Silat Cekak diketahui sejarahnya bermula pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah (1804-1845). Ketika itu berlakunya peperangan antara tentera Sukhotai (suku Thai) yang menceroboh Kedah pada 12 November 1821. 

Sepanjang 21 tahun peperangan yang dikenali sebagai Perang Musuh Bisik (1821-1842) menyaksikan silat ini berkembang dan dijadikan sebahagian dari ilmu peperangan para Melayu Kedah yang diterajui oleh Dato' Paduka Raja Laksamana Wan Ismail bin Wan Muhammad Long atau dikenali sebagai Panglima Ismail bin Long.

Silat ini kemudiannya diserahkan oleh Panglima Ismail kepada Panglima Dato' Abdul Rashid bin Awang Lahat atau dikenali sebagai Panglima Tok Rashid pada 1897 hingga 1925. 

Panglima Tok Rashid kemudiannya menyerahkan amanah silat ini kepada Encik Yahya bin Said sehingga Almarhum Ustaz Hanafi menghidupkan semula dan mempelajarinya pada tahun 1965 dan menjadi Guru Utamanya pada 1966.

Ustaz Hanafi bin Ahmad menerajui silat ini melalui Persatuan Seni Silat Chekak Kedah Malaysia yang seterusnya menjenamakan sebagai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) sehingga akhir hayatnya pada Ogos 1986. 

PSSCM kemudiannya diterajui oleh YM Ustaz Ishak bin Itam sebagai Guru Utama dan Presiden PSSCM sehingga 2009. Kepimpinan PSSCM seterusnya diterajui pula oleh YM Datuk Haji Maideen Kadir Shah bermula 2009 hingga kini.


Perjalanan sejarah PSSCM jelas membuktikan bahawa ilmu kepimpinan persilatan ini diperturunkan secara bersanad iaitu melalui sanad perguruan dan sanad ilmu dari satu guru ke satu guru tanpa terputus jalan sanadnya. Ia juga dipelajari oleh pelbagai lapisan dan latar belakang masyarakat yang berbeza namun mempunyai matlamat yang sama.

Ini berbeza dengan pengertian kepimpinan bersanad saka yang boleh terputus-putus dan hanya bersambung dengan sesuatu apabila ia dituntut atau diambil untuk dipusakai oleh seseorang.

Berdasarkan catatan sejarah, kesemua mandat Guru-Guru Silat Cekak bukan bersifat warisan pusaka bapa ke anak. Sebaliknya warisan dan amanah kepimpinan dianugerahkan kepada mereka yang berhak. Ini menjadikan PSSCM sebuah persatuan yang unik dari sudut kepimpinan kerana Guru dan Presidennya dipilih oleh para ahli berdasarkan Perlembagaan PSSCM yang berkuatkuasa.  

Kini sanad Silat Cekak diperkukuhkan lagi melalui sanad kerabat Di Raja apabila PSSCM dinaungi oleh DYMM Sultan Kedah, manakala Timbalan Penaungnya juga dari kerabat kesultanan Kedah yang mempunyai jurai keturunan yang sahih dan menjadi pelindung kepada kedaulatan negeri Kedah serta hubungan langsung dengan keturunan Laksamana Wan Ismail atau Panglima Ismail.  

#silatcekak #silatcekakmalaysia #silatcekaksilatakademik #sejarahkedah #kedah 

Disediakan oleh;

Unit Dokumentasi PSSCM Putrajaya@2023  



Friday 22 December 2023

AlhamduLillah ...Tahniah buat An Ni'matul Uzma


23 Disember 2023, Sabtu: AlhamduLillah...tahniah kepada kumpulan marhaban PSSCM; An Ni'matul Uzma kerana layak ke peringkat separuh akhir Pentas Marhaban TV Al-Hijrah.

Persembahan yang segar menarik dengan gaya para panglima telah memikat para juri dan pengacara. 

Teruskan usaha dan doa kita agar sampai ke peringkat akhir.

Disediakan oleh:

PSSCM Putrajaya @2023

 
 

Thursday 21 December 2023

Jom kita saksikan persembahan An Ni'matul Uzma @TV Al Hijrah


Pasukan marhaban yang dianggotai oleh ahli-ahli PSSCM; An Ni'matul Uzma akan beraksi di Pentas Marhaban TV Al Hijrah secara langsung. 


Tidak dinafikan kumpulan Ni'matul Uzma yang dianggotai oleh 10 pesilat PSSCM ini memberikan suatu pembaharuan dan unik dari segi pemakaian, corak persembahan yang membentuk persepsi positif bahawa ahli silat Melayu juga merupakan insan-insan berkebolehan dalam menyampaikan dakwah dalam bentuk kesenian dan budaya


Ayuh kita memberikan sokongan padu, berdoa agar pasukan ini memberikan persembahan yang menarik dan dapat terus mara ke pentas separuh akhir, Insya Allah.

Disediakan oleh:

PSSCM Putrajaya@2023










 

Sunday 12 November 2023

PSSCM Putrajaya di Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan Peringkat Putrajaya 2023


Ahad 12 November 2023. Dewan Komuniti PRIMA Presint 11, Putrajaya  - Telah berlangsung Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2023 anjuran Persatuan Silat Kebangsaan Putrajaya (PESAKA Putrajaya). 

Acara ini dihadiri lebih 200 orang kontigen peserta, pesilat  dan tetamu dari pelbagai sekolah di sekitar Putrajaya yang memeriahkan program berkenaan. 


Acara Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Ahli Parlimen Putrajaya.



Pihak PSSCM KL Putrajaya turut mengambil bahagian sebagai ahli sekretariat program yang menguruskan logistik bersama-sama badan pendiri PESAKA Putrajaya yang lain. 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta di atas penglibatan acara ini. Semoga berjumpa lagi di acara seretrusnya.




#pesakaputrajaya #putrajaya #silatcekak

Disediakan oleh;

Unit Komunikasi Strategik PSSCM Putrajaya @2023


Sunday 8 October 2023

Maksud Cekak dari sudut bahasa Melayu di nusantara

 


Cekak mempunyai pelbagai erti dan tafsiran tersendiri. Seni Silat Cekak Malaysia yang diasaskan oleh Ustaz Hanafi bin Ahmad pada 1965 telah merungkaikan serba sedikit maksud Cekak di dalam buku Suara Cekak Bilangan 1 pada tahun 1975 sempena Perayaan Sedekad PSSCM.

Kini maksud tersebut telah dirungkaikan secara ilmiah di dalam sebuah jurnal berwasit bertajuk; "Etimologi Cekak Dalam Rumpunan Bahasa dan Budaya Persilatan Melayu" yang diterbitkan di dalam Jurnal Dunia Pengurusan dengan ISN: 2682-8251 Vol.5, No. 3 halaman 1-14 tahun 2023.

Jurnal penuh boleh dirujuk; 

Janudin, S. (2023). Etimologi Cekak Dalam Rumpunan Bahasa dan Budaya Persilatan Melayu. Jurnal Dunia Pengurusan, 5(3), 1-14.

Atau sila layari;

https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/24211/13237

Disediakan oleh:

PSSCM Putrajaya@2023


Saturday 7 October 2023

Program PSSCM di Kompleks Sogo KL meriah


Kuala Lumpur, Sabtu, 7 Oktober 2023; PSSCM hari ini melakar sejarah apabila menganjurkan Program Semarak Budaya Silat Warisan Kita di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. 






Majlis yang diadakan bermula pada jam 12.00 tengahari hingga 5.00 petang dirasmikan oleh YMDGU dan telah dihadiri lebih 200 ahli PSSCM di Lembah Kelang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan sebagainya serta para pengunjung luar dan asing turut menyaksikan sambutan tersebut.


   

Di dalam program ini turut dijemput peserta dari persatuan wushyu dan silambam bagi meraikan kepelbagaian kaum dalam membentuk budaya seni beladiri sebagai warisan rakyat Malaysia. turut membuat persembahan adalah dari kalangan ahli PSSCM, demonstrasi parang lading, demonstrasi silat Cekak yang terdiri dari kumpulan berpakaian ala-ala tahun 70an, persembahan senanam Tabata oleh adik-adik kelas Tunas PSSCM, nyanyian busker dan sebagainya.

Turut diadakan pada program tersebut adalah pelancaran logo baharu PSSCM beserta sisipan poster artikel berkaitan logo dan parang lading PSSCM yang turut dimuatkan di dalam halaman 9 ruangan advertorial akhbar Sinar Harian bertartikh 7 Oktober 2023.

Artikel berinformasi tersebut menjadi bukti kewujudan PSSCM sebagai sebuah silat yang dinamik dan berinovasi. Sekaligus menunjukkan PSSCM adalah pemilik mutlak Seni Silat Cekak dan parang lading adalah senjata rasmi PSSCM yang telah diperlembagakan sejak tahun 1971. 

Klik Pautan;

https://www.sinarharian.com.my/article/283138/edisi/selangor-kl/silat-kini-tidak-dilihat-bermisai-tebal-memakai-tangkal

https://www.buletintv3.my/nasional/silat-cekak-semarakkan-perpaduan/

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/344200181387574

Artikel berkaitan logo dan parang lading PSSCM dalam Sinar Harian 7 Oktober 2023 hlm 9

Pembaharuan logo ini dengan bulatan warna kuning diraja melambangkan kedaulatan ilmu Seni Silat Cekak Malaysia setelah DYMM Sultan Kedah telah perkenan menjadi Penaung Seumur Hidup PSSCM. Ia juga sebagai manifestasi utama yang membuktikan kesanggupan PSSCM menghadapi cabaran masa kini.




Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM dan akhbar Sinar Harian.

Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya@2023

Thursday 28 September 2023

Pelancaran Kitab Berzanji, Marhaban dan Qasidah Burdah PSSCM cipta sejarah


Seremban, Khamis, 28 September 2023:
Bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1445H, PSSCM seperti kebiasaan tahunannya menganjurkan majlis berzanji, marhaban dan qasidah burdah yang dihadiri lebih 800 ahli PSSCM seluruh negara.




Pelancaran kitab ini merupakan tanda komitmen PSSCM dalam memartabatkan nilai keilmuan serta kerohanian dalam kalangan para ahlinya dan juga umat Islam keseluruhannya.  



Pada sebelah malamnya merupakan acara kemuncak dengan pelancaran Kitab Berzanji, Marhaban dan Qasidah Burdah PSSCM oleh YMDGU dengan kehadiran melebihi 1500 orang tetamu menyaksikannya yang turut disiarkan secara langsung dan dapat ditonton melalui aplikasi YouTube. 


Proses menyiapkan kitab edisi ke 3 ini mengambil masa 5 tahun sejak 2018 untuk disiapkan disebabkan masalah COVID 19 selain memerlukan penelitian dan persiapan rapi bagi menjamin kualiti penerbitan serta pelancarannya.  

Hasilnya pelbagai inovasi terserlah semasa pelancarannya ...

https://www.youtube.com/watch?v=quNpWsjZlbE

https://www.youtube.com/watch?v=P0iWXPeoiHc


Majlis ini turut mendapat liputan dari media TV3

https://www.buletintv3.my/nasional/silat-cekak-terus-menekankan-program-kerohanian-sebagai-sebahagian-latihannya/?fbclid=IwAR3oRuAyRf-qZylDIAvbtcnLbm3sVzPDxdrLVxBA7fkYPS5SkuYveTXncIQ

Kredit Foto: Jabatan Penerangan PSSCM 

Disediakan oleh PSSCM Putrajaya@2023

Friday 22 September 2023

Jemputan ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul PSSCM Peringkat Kebangsaan 2023M/1445H


JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PELANCARAN KITAB BERZANJI, MARHABAN & QASIDAH BURDAH EDISI ISTIMEWA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM) 2023 / 1445H

Assalamualaikum w.b.t

Makluman kepada semua Ahli PSSCM dengan segala hormatnya dijemput menyertai program PSSCM seperti di berikut:

Tarikh : 28 SEPT 2023 (KHAMIS)

Masa : 2 PETANG - 10 MALAM

Tempat: Dewan Datuk Haji Maideen, Taman Bukti, Ampangan, Negeri Sembilan

Pakaian : Baju Melayu Rasmi PSSCM / Baju Kurung

ATURCARA MAJLIS

SESI PETANG

02.00pm – 03.00pm : Jamuan Ringan dan Ketibaan Peserta

03.00pm – 03.05pm : Perarakan Masuk Yang Mulia Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah (PMW, BCM) Guru Utama dan Presiden PSSCM serta     isteri diiringi Selawat Tolaal Badru Alaina

03.05pm – 03.10pm : Selawat Badriyah

03.10pm – 03.15pm : Bacaan Doa

03.15pm – 05.20pm : Bacaan Al-Quran, Barzanji, Marhabban & Qasidah Burdah 

05.20pm – 05.30pm: Ucapan Aluan oleh Tuan Haji Mohd Fizol Bin Haji Mohd Saad @ Zakaria Pengerusi Jabatan Bina Insan

05.30pm – 08.30pm : Majlis Berhenti Rehat Dan Makan Malam


SESI MALAM


08.30pm – 08.35pm : Perarakan Masuk Yang Mulia Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah (PMW, BCM) Guru Utama dan Presiden PSSCM diiringi Selawat Tolaal Badru Alaina

08.35pm – 08.40pm: Selawat Badriyah

08.40pm – 08.45pm: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

08.45pm – 09.45pm: Penyampaian Ceramah Sempena Maulidur Rasul oleh  YBhg. Ustaz Nor Azamir Bin Hj.Alias Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

09.45pm - 09.50pm : Tayangan Montaj

09.50pm - 10.10pm : Ucapan Perasmian Penutup oleh Yang Mulia Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah (PMW,BCM) Presiden & Guru Utama PSSCM

10.10pm – 10.15pm: Pelancaran Kitab Berzanji, Marhaban dan Qasidah Burdah  “Nikmatul Uzma” (Nikmat Teragung) Edisi Istimewa PSSCM  2023/1445H oleh Yang Mulia Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah (PMW,BCM) Presiden & Guru Utama PSSCM

10.15pm – 10.20pm: Penyampaian Cenderamata

10.20pm : Jamuan dan Bersurai


Sunday 17 September 2023

Program Latihan Bersama YM Guru Utama 3.0 PSSCM


AHAD 17 September 2023: PROGRAM LATIHAN BERSAMA GURU UTAMA 3.0, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah diadakan di Dewan Sekolah Setia Budi, Gombak, Selangor.

Program ini kali terakhir diadakan pada tahun 2014 iaitu 9 tahun yang lalu.

Klik - https://www.silatcekak.org.my/program-latihan-bersama-guru-utama-psscm-kali-ke-2-2014/


Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Penaung PSSCM, Yang Amat Mulia Tunku Dato’ Professor Surveyor. Dr. Fauzi Ibni Al-Marhum Yang Teramat Mulia Tunku Sri Indera Setia Kedah Tunku Dato’ Abdul Malek Al-Haj beserta isteri.

Program dimulai dengan sesi latihan di sebelah pagi, kemudian disusuli dengan Majlis Penyerahan Uniform Silat Cekak berlogo baharu kepada semua Barisan Jawatankuasa Pusat, yang telah disempurnakan oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM. 


Sesi sebelah petang pula dimulai dengan demostrasi oleh ahli-ahli PSSCM di sekitar Lembah Klang dan Cawangan Selangor, serta demostrasi khas Parang Lading yang turut disertai oleh barisan Jawatankuasa Pusat PSSCM. Turut diselitkan ialah pentomin Silat Cekak, yang mana kali terakhir telah diadakan pada tahun 1995 bersempena dengan Perayaan 30 Tahun Cekak. Selain itu, turut diadakan selingan adegan lakonan serta persembahan sajak.


Majlis ini diakhiri dengan perkongsian mata pelajaran Silat Cekak oleh YM Datuk Guru Utama.

Syabas juga diucapkan kepada Jabatan Penerangan, Jawatankuasa Cawangan Selangor serta semua ahli yang terlibat di atas penganjuran program ini. Semoga ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan kemahiran persilatan ahli-ahli PSSCM.

Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM

https://www.facebook.com/photo?fbid=868027211352877&set=pb.100044368182216.-2207520000

Disediakan oleh

PSSCM Putrajaya @2023

Sunday 10 September 2023

Kelas Kanak-Kanak dan Remaja PSSCM ...Best, Jom daftar belajar

 


PUTRAJAYA. Ahad 10 September 2023: Kelas kanak-Kanak dan Remaja PSSCM di Bilik Rekreasi 1, Pusat Komuniti Presint 16 bermula dari jam 9.00 -11.00 pagi. 

Kelas silat ini bertujuan mendedahkan kepada kanak-kanak dan remaja berkaitan teknik-teknik asas ilmu Seni Silat Cekak Malaysia. Sepanjang pembelajaran ilmu silat ini para penuntut akan diasuh oleh barisan Tenaga Pengajar dan Jurulatih bertauliah dengan nilai-nilai kepimpinan, keberanian serta kesabaran. 

Matlamatnya agar para penuntut akan lebih mengenali dan menghargai ilmu seni silat sebagai salah satu cabang kebudayaan Melayu yang mengasuh nilai adab dan adat sopan kepada masyarakat sekeliling seperti ibu bapa, guru, rakan-rakan serta sanak saudara mereka.   

Apa lagi jom kita daftar belajar Seni Silat Cekak Malaysia.

Disediakan:

PSSCM Putrajaya @ 2023

Saturday 22 July 2023

Sambutan Awal Muharram dan Hari Tenaga Pengajar PSSCM 2023: Hijrah Bersama PSSCM

 


Sabtu 22 Julai 2023, P𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐈 𝐒𝐈𝐋𝐀𝐓 𝐂𝐄𝐊𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐏𝐒𝐒𝐂𝐌) telah mengadakan 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐀𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban, Negeri Sembilan. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Penaung PSSCM, Yang Amat Mulia Tunku Dato’ Professor Surveyor. Dr. Fauzi Ibni Al-Marhum Yang Teramat Mulia Tunku Sri Indera Setia Kedah Tunku Dato’ Abdul Malek Al-Haj. 


Dua program utama berjaya dilaksanakan. Di sebelah sesi pagi telah berlangsung 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐁𝐚𝐫𝐳𝐚𝐧𝐣𝐢, 𝐌𝐚𝐫𝐡𝐚𝐛𝐚𝐧 & 𝐐𝐚𝐬𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐁𝐮𝐫𝐝𝐚𝐡. Lebih 800 ahli PSSCM dan peserta yang hadir bersama-sama membesarkan Allah S.W.T dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. 

Di sebelah petang pula diadakan 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚𝐫 (𝐇𝐓𝐏) 𝐏𝐒𝐒𝐂𝐌 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐞-𝟑𝟔.  Pada tahun ini, En. Mohamad Fadillah Muhamad Ares telah dipilih sebagai TOKOH PERSILATAN PSSCM manakala En. Mohd Shafie Mohd Johari pula di anugerahkan ANUGERAH GURU UTAMA PSSCM. 

Seperti tahun-tahun sebelum ini, 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐭 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐘𝐌 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐣 𝐌𝐚𝐢𝐝𝐞𝐞𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐊𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐒𝐡𝐚𝐡, 𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 dan 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 adalah acara kemuncak yang dinanti-nantikan oleh seluruh ahli PSSCM. di dalam ucapanya YM Guru Utama menekan penghijrahan dalam PSSCM merupakan perkara yang membawa kepada perubahan dan kebaikan di dalam perjuangan PSSCM yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad. Ini bersesuaian dengan tema HTP tahun ini iaitu 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐒𝐒𝐂𝐌.


Jabatan Penerangan PSSCM turut menyiarkan Montaj dan Teaser eksklusif program yang mengimbau agar semua Tenaga Pengajar PSSCM sentiasa bertanggungjawab dalam mendokong misi dan visi Silat Cekak. klik Mengapa kita dilantik sebagai Tenaga Pengajar... - Montaj Hari TP 2023 di https://www.youtube.com/watch?v=d8ees8vr9Yk

Foto kredit: https://www.facebook.com/cekakmalaysia

#silatcekak #silatmelayu #silatcekakmalaysia



Disediakan oleh:

PSSCM Putrajaya


Friday 14 July 2023

Kelas PSSCM Kanak-Kanak dan Remaja Putrajaya


Putrajaya: Sabtu, 15 Julai 2023. Kelas Seni Silat Cekak Malaysia kanak-Kanak dan Remaja Putrajaya berjalan meriah seperti biasa. Jumpa lagi 29 hb Julai 2023 nanti.

Disediakan 

PSSCM KL Putrajaya

Sunday 25 June 2023

Majlis Tahlil Almarhum YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad; Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (1965-1986)



Kuala Lumpur 25 Jun 2023: PSSCM telah berjaya mengadakan Majlis Tahlil Almarhum YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad; Pengasas, Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (1965-1986) secara hibrid.

Program ini telah dirasmikan oleh YM Guru Utama PSSCM dan disertai oleh kira-kira 800 ahli PSSCM seluruh negara.



Program ini merupakan majlis tahunan yang diadakan oleh PSSCM sejak tahun 1987 selepas Almarhum kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 1986. 

Almarhum memimpin PSSCM sejak ia diasaskan dan meninggalkan legasi Seni Silat Cekak Malaysia yang menjadi salah sebuah seni silat Melayu yang berjasa kepada pembangunan agama, bangsa dan negara ini.

Legasi kepimpinannya kemudian disambung oleh Tuan Haji Ishak bin Itam (1986-2009) dan diterajui oleh YM Datuk Maideen bin Kadir Shah bermula sejak tahun 2009 hingga kini. Sanad kepimpinan Silat Cekak terus menyambung tanpa terputus sejak dibawa oleh Laksamana Wan Ismail bin Wan Muhammad Long sejak tahun 1821. 





Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan memberkati segala amal soleh para penuntut PSSCM yang mengadakan majlis pada malam ini.


Nak kongsi foto-foto menarik sila layari:

https://www.facebook.com/photo/?fbid=820381922784073&set=pcb.820393119449620

Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya@2023