Sunday 3 December 2006

Silat Cekak: Info Silat...Silat Diiktiraf Sebagai Seni Warisan Negara (2006)


Ahad, 3 Disember 2006... Hari ini seni silat telah diiktiraf sebagai “WARISAN NEGARA”. Pengisytiharan tersebut telah disempurnakan oleh  YAB Dato´ Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hasan, selaku Pemangku Presiden PESAKA merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan. Anugerah tersebut disaksikan oleh YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Bin Yatim; Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan


Pengisytiharan ini dilakukan melalui Konvensyen Silat Kebangsaan di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 3 & 4 hb Disember 2006.

Program gilang-gemilang ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan dihadiri hampir 2,000 warga silat dari seluruh negara termasuk wakil dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dan PESAKA Pusat dan Negeri.





Alhamdulillah  suatu pengiktirafan yang tertinggi diterima oleh silat setelah sekian lama menunggu.

Kredit foto: http://my1foto.penerangan.gov.my/stock-photo/majlis-perasmian-konvensyen-silat-kebangsaan