Friday 3 May 2024

PSSCM Putrajaya @ Kursus Pengurusan & Pemantapan Program TUNAS Cekak 2024, USIM


Sabtu, 4 Mei 2024. PSSCM Putrajaya telah menghantar seramai 8 orang wakil menghadiri Majlis Perasmian Kursus Pengurusan dan Pemantapan Program TUNAS Cekak Peringkat Kebangsaan 2024. Program ini dianjurkan oleh PSSCM dengan kerjasama Jawatankuasa Pro Team PSSCM Universiti Sains Islam Malaysia (PSSCM USIM) Negeri Sembilan. 

Program seharian ini disertai kira-kira 250 orang peserta bertempat di Dewan Auditorium, Fakulti Perubatan Sains Kegunaan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan. 


Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hassan; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut memberi ucaptama adalah Y.Bhg Profesor Dato' Dr  Adnan Mohamed Yusof; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) USIM serta YM Guru Utama dan Presiden PSSCM. 

Kursus ini disampaikan oleh Encik Muhammad Ghaznawi bin Zulkarnain dari Komuniti Pembangunan Ko-Kurikulum TUNAS Cekak PSSCM bersama dua orang lagi penceramah jemputan PSSCM; Encik Wan Azhar bin Wan Salim (Bendahari Agong PSSCM) dan Encik Aimanihsan bin Ahmad Tajuddin (Jabatan Pendidikan Sekolah (PSSCM).




Objektif utama kursus ini adalah bagi merialisasikan hasrat YM Guru Utama dan Presiden PSSCM Datuk Hj. Maideen bin Kadir Shah melahirkan barisan tutor (jurulatih) untuk melatih dan mengembangkan program Tunas Cekak PSSCM di seluruh negara dengan modul yang seragam.





#TUNASCekak #USIM #SilatCekak #PSSCM

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2024



Saturday 27 April 2024

Sambutan Aidil Fitri Guru Utama PSSCM 2024 meriah


Seremban, 27 April 2024. PSSCM telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Fitri Guru Utama dan Presiden PSSCM bertempat di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban yang dihadiri hampir 2,000 tetamu yang terdiri dari ahli-ahli PSSCM dan keluarga serta para jemputan.



Pelbagai gerai hidangan dan masakan tradisional dari cawangan negeri-negeri dibuka dengan pelbagai juadah disediakan secara gotong royong oleh ahli-ahli PSSCM termasuk menu utamanya nasi minyak dari Dapur Cekak. 


Banyak acara menarik ditampilkan dalam sambutan kali ini antaranya; pertandingan busana tercantik, gerai tercantik, hadiah pertandingan mencipta logo khas Karnival Wajadiri (KWD) 2024, sesi karaoke, demonstrasi Silat Cekak dan kelas Tunas dan sebagainya. Tradisi pemberian duit raya turut diberikan kepada anak-anak di bawah 12 tahun.





AlhamduLillah, semoga majlis Aidil Fitri ini akan lagi mengukuhkan ukhwah dan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli PSSCM dan masyarakat kita. 

Salam Aidil Fitri, jumpa lagi tahun hadapan.

Kredit foto: Jabatan Penerangan dan FB PSSCM

Disediakan oleh

Unit Media Sosial PSSCM Putrajaya@2024



Monday 11 March 2024

Salam Ramadan 1445H / 2024M dari PSSCM

Salam Ramadan dari kami PSSCM Putrajaya. Semoga segala amal ibadah dan kebajikan yang dilakukan kita di bulan mulia ini diberkati oleh Allah swt jua.

Sempena bulan penuh keberkatan ini marilah kita mendengar Perutusan Khas Ramadhan Al-Mubarak oleh Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah.

Semoga ia menceriakan Ramadhan kita, Insya Allah.

https://fb.watch/qLtGg96vGT/

Ahlan wa sahlan Ramadhan bikum

Disediakan oleh:

Unit Komunikasi Strategik PSSCM Putrajaya @2024 

Friday 8 March 2024

Majlis Penutup Kursus SMA Sesi 2022/2023 (Sidang ke-5), Ahli-Ahli PSSCM Putrajaya turut serta


Sabtu 9 Mac 2024 Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban, N. Sembilan. PSSCM menganjurkan Majlis Penutup Kursus SMA Sesi 2022/2023 (Sidang ke-5) yang selamat dirasmikan oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM.

Seramai 90 orang ahli PSSCM yang terdiri daripada peserta SMA, Jurulatih & Penyelia Kajian & Jawatankuasa JKKU serta barisan kepimpinan PSSCM pusat, LPT serta wakil cawangan telah terlibat untuk menjayakan Majlis Tamat Latihan Sijil Menengah Akademik (SMA).


Info Kursus SMA sidang ke-5:

- Dilancarkan pada Sabtu 10 September 2022 di Kelas Latihan Shah Alam. 

- Seramai 71 orang peserta SMA telah mengikuti modul kursus ini sebanyak 15 silibus. 

- Ujian Amali telah dilaksanakan pada 18 November 2023

- Pembentangan akhir kertas kajian akademik (Disertasi) telah dijalankan pada 17 Feb 2024 yang lalu bertempat di Universiti Teknologi Petronas, Perak.

PSSCM Putrajaya turut menyertai program bersejarah ini.



Disediakan oleh;

Unit Komunikasi Strategik PSSCM Putrajaya @2024

Thursday 22 February 2024

Silat Cekak @ Festival Restu Global Quranic Arts 2024



Jumaat, 23 Februari 2024 Putrajaya: PSSCM akan berada Festival Restu Global Quranic Arts yang akan diadakan di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14 Putrajaya selama 10 hari dari tarikh 23 Februari hingga 3 Mac 2024 dengan tema: 'Gaya Hidup Islami'. 

Pelbagai acara program akan diadakan termasuk dari PSSCM yang mengadakan persembahan demonstrasi Seni Silat Cekak Malaysia dan demonstrasi silat oleh Tunas Cekak Malaysia. Para pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan Selawat, Berzanji, Marhaban & Qasidah dari Kumpulan An Ni’matul Uzma. 


Para penonton juga akan menyaksikan pembinaan manuskrip al-Qur’an Mushaf Malaysia dan pelbagai penghasilan seni berteraskan al-Quran dan Sunnah seperti hiasan dalaman Islamik, kaligrafi, kraf tangan dan lain-lain.

Ayuh kita hadiri festival ini. Bawa bersama seisi keluarga dan anak-anak kunjungi booth PSSCM. 




Penganjur utama festival ini Yayasan Restu yang merupakan pelopor terulung pemakmuran al-Quran dan kesenian Islam di Malaysia menyatakan pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung sepanjang festival berlangsung termasuk pameran Jubah melambangkan saiz Nabi Adam AS. 

Selain itu terdapat banyak pengisian program seperti pameran hiasan dalaman rumah Islam, Artifak Rasulullah SAW, koleksi replika pedang para Sahabat RA serta peninggalan yang lain. 

Paling menarik, pengunjung berpeluang untuk turun ke lantai kilang dan melihat proses percetakan secara lebih dekat.

Majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Februari 2024.



#silatmelayu  #silatcekaksilatakademik  #senisilatcekakmalaysia #sememangnyaori #silatcekak #malaysiamadani #putrajaya

#YayasanRestu  #NasyrulQuran #RestuGQAF #QuranLife #QuranicArtsFestival #FestivalSeniAlQuranTerbesar

https://www.facebook.com/yayasanrestu/

Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya @2024

Saturday 17 February 2024

Sesi Pembentangan Akhir Disertasi Sijil Menengah Akademik (SMA) PSSCM 2024


𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 𝟏𝟕 𝐅𝐞𝐛 𝟐𝟎𝟐𝟒: 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐥𝐨𝐤 𝟏𝟏, 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐭𝐫𝐨𝐧𝐚𝐬 (𝐔𝐓𝐏) 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫, 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤.  Seramai 84 orang telah hadir menjayakan 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐊𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤 (𝐒𝐌𝐀). Para peserta yang hadir terdiri daripada  67 orang peserta SMA, 11 orang Penyelia SMA, Jurulatih /JKKU seramai 6 orang.  

Peserta dari PSSCM Kelas Latihan Putrajaya turut menyertai sesi pembentangan ini. 

Sebanyak 15 kumpulan kajian telah selesai membentangkan 15 tajuk disertasi melalui kaedah pembentangan slaid. 

Pembentangan setiap kumpulan berjalan serentak di 5 bilik "learning hub UTP" dan dinilai oleh 2 orang Panel Penilai bagi setiap kumpulan. 



Setiap pembentangan dinilai pemarkahan oleh Panel Penilai (Penyelia Kajian) disamping komen membina daripada Penyelia untuk menyiapkan penulisan penuh buku disertasi nanti. 

Turut hadir ialah Dr. Mastor bin Surat selaku Penyelaras Kajian. 

Terima kasih juga kepada ahli-ahli dan AJK PSSCM UTP yang diketuai sendiri oleh Dr. Azuwan Maoinser selaku Penasihat/Penyelia untuk memastikan segala kemudahan disediakan dan kelancaran program tersebut. 

Program bermula jam 9.00 pagi ini berakhir pada jam 6.00 petang. Para peserta amat teruja dengan lokasi dan sesi pembentangan yang menarik meskipun mendebarkan. Namun tahniah semua peserta telah menunjukkan persembahan yang baik. 


Tajuk kajian pun semua power-power disertai dengan pembentangan oleh kalangan mereka yang hebat...dah macam viva la plak. Lepas ni para peserta bersedia pula untuk majlis Konvokesyen PSSCM. Fuh...!!!


Wah hebatkan nilai akademik dalam PSSCM.... Ini adalah jihad dan wakaf ilmu yang ditekankan dalam PSSCM bagi memartabatkan nilai ilmu silat dan merealisasikan Silat Cekak Silat Akademik yang digagaskan oleh Pengasas PSSCM; Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad dan diteruskan oleh Guru-Guru seterusnya hingga kini.

Berita ini turut disiarkan di dalam Facebook PSSCM pada 19 Februari 2024.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=950762149746049&set=pcb.950763009745963

Disediakan oleh;

Unit Komunikasi Strategik PSSCM Putrajaya@2024

#silatcekak #silatcekakmalaysia #putrajaya #silatmelayu #UTP carrier@UTP #sememangnyaori #perak

Wednesday 7 February 2024

Salam Israk Mikraj 2024 dari PSSCM


Salam Israk Mikraj buat semua muslimin dan muslimat. Hayati dan amalkan sirah Rasulullah s.a.w.
 

Wednesday 31 January 2024

Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2024

 


Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan buat anda semua yang menyambutnya. 

Wilayah Madani, Rakyat Harmoni. 

Ikhlas daripada,

Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, 
Guru Utama dan Presiden PSSCM
serta Isteri,
Datin Firda Sewani bt Abdul Rashid.

Tuesday 30 January 2024

Daulat Tuanku: Menjunjung Kasih dan Sembah Takzim


𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

𝐌𝐄𝐑𝐀𝐅𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀

𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀

𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆, 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐈𝐁𝐍𝐈 𝐀𝐋𝐌𝐀𝐑𝐇𝐔𝐌 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 

&

𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐈𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆, 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐙𝐀𝐑𝐈𝐓𝐇 𝐒𝐎𝐅𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐀𝐋𝐌𝐀𝐑𝐇𝐔𝐌 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇

𝟑𝟏 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝟏𝟗 𝐑𝐄𝐉𝐀𝐁 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇)

𝐒𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐤𝐳𝐢𝐦 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚:

𝐘𝐌 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐚𝐢𝐝𝐞𝐞𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐊𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐒𝐡𝐚𝐡
𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐢 𝐂𝐞𝐤𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚,
𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭, 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐚𝐡𝐥𝐢-𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐒𝐒𝐂𝐌

"𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐑𝐚𝐣𝐚, 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭"

𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐈 || 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 || 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈.

Monday 29 January 2024

Daulat Tuanku DYMM SPB YDPA: Menjunjung Kasih dan Selamat Berangkat Pulang

 


𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

𝐌𝐄𝐑𝐀𝐅𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇

𝐊𝐞𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐝𝐮𝐤𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢-𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐨𝐧𝐠

𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐢’𝐚𝐲𝐚𝐭𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐀𝐥 -𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐟𝐚 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐈𝐛𝐧𝐢 𝐀𝐥𝐦𝐚𝐫𝐡𝐮𝐦 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚’𝐢𝐧 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡

𝐝𝐚𝐧

𝐊𝐞𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐝𝐮𝐤𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐚𝐢𝐬𝐮𝐫𝐢 𝐀𝐠𝐨𝐧𝐠

𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐳𝐢𝐳𝐚𝐡 𝐀𝐦𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐢𝐦𝐮𝐧𝐚𝐡 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐥𝐦𝐚𝐫𝐡𝐮𝐦 𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐭𝐚𝐰𝐚𝐤𝐤𝐢𝐥 𝐀𝐥𝐚𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐣

𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐝𝐮𝐤𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢-𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐨𝐧𝐠 𝐗𝐕𝐈 (𝟑𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟏𝟗 – 𝟑𝟎 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒)

𝐒𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐤𝐳𝐢𝐦 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 :

𝐘𝐌 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐚𝐢𝐝𝐞𝐞𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐊𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐒𝐡𝐚𝐡
𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐢 𝐂𝐞𝐤𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚,
𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭, 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐚𝐡𝐥𝐢-𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐒𝐒𝐂𝐌

"𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐑𝐚𝐣𝐚, 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭"

𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐈 || 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 || 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈.

Majlis Perasmian Galeri PSSCM di Muzium Kedah dan Majlis Serah Tapak Pempamer meriah

Sabtu, 28hb Januari 2024 Alor Setar, Kedah. Sebuah peristiwa bersejarah terukir di dalam kalendar perjuangan PSSCM apabila berlangsungnya Majlis Perasmian Galeri PSSCM di Muzium Kedah dan Majlis Serah Tapak di antara PSSCM selaku Pempamer dan Muzium Negeri Kedah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Salleh bin Saidin, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Kedah.
Majlis juga turut dihadiri oleh YBrs. En. Shuhaidi Shukri, Pengarah Muzium Negeri Kedah serta warga kerja Muzium Kedah.
Hadir memberi sokongan terhadap penganjuran program adalah barisan kepimpinan dari peringkat Pusat dan juga cawangan Negeri.


Galeri PSSCM ini pastinya lain daripada yang lain kerana ia menggunakan konsep Interaktif, di mana pengunjung berpeluang untuk mendapatkan lebih informasi berkenaan PSSCM.
PSSCM telah mendapat kontrak selama 5 tahun sebagai Pempamer dan PSSCM telah merangka 5 fasa yang pastinya akan menaikkan lagi imej Galeri PSSCM.



PSSCM turut berhasrat menganjurkan Perayaan Jubli Intan 60 Tahun di Kedah pada tahun 2025 kelak yang selari dengan Tahun Melawat Kedah 2025.

Acara ini telah mendapat liputan meluas media, antaranya;

𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐒𝐚𝐥𝐥𝐞𝐡 𝐒𝐚𝐢𝐝𝐢𝐧
𝐕𝐢𝐝𝐞𝐨: https://bit.ly/47Uahnq
𝐁𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐑𝐓𝐌
𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐌𝐮𝐳𝐢𝐮𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡
𝐕𝐢𝐝𝐞𝐨:
𝐁𝐮𝐥𝐞𝐭𝐢𝐧 𝐓𝐯𝟑
𝐒𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧
𝐖𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 https://bit.ly/3HJja8Q
𝐁𝐮𝐥𝐞𝐭𝐢𝐧 𝐓𝐕𝟗: https://fb.watch/pX5vDroxRx/

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik @ PSSCM Putrajaya