Saturday 29 June 2019

Silat Cekak di Majlis Aidil Fitri anjuran ROS KDN 2019


Sabtu, 29 Jun 2019: KUALA LUMPUR. YM Datuk Guru Utama PSSCM bersama delegasi PSSCM telah diundang oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau Registrar of Organisations (RoS) menghadiri Program Kelestarian Pertubuhan Bersama YB Menteri Dalam Negeri; Tan Sri Muhyiddin bin Yassin.





Program yang diadakan di Dewan Tun Dr Siti Hasmah, Kuala Lumpur ini telah dihadiri lebih 1,000 orang tetamu serta wakil-wakil dari Kementerian Dalam Negeri dan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam suasana Aidil Fitri. RoS telah mengambil tema "Pertubuhan Berwibawa Manifestasi Kecemerlangan" bagi menjalinkan hubungan dengan pelbagai NGO's dalam melestarikan kerjasama antara pihak kerajaan dan masyarakat.



Semasa program ini YMDGU PSSCM turut berkesempatan memberikan Buku Sambutan 54 Tahun PSSCM kepada Ketua Pengarah RoS; Puan Masyati bt Abang Ibrahim sebagai cenderamata kenang-kenangan. Buku tersebut terkandung segala aktiviti bertulis dan bergambar PSSCM sepanjang tahun 2018 yang menjadi bukti PSSCM turut bersama-sama kerajaan dalam membangunkan komuniti dan negara ini. 

PSSCM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan berteraskan ilmu persilatan dan kebudayaan Melayu yang telah ditubuhkan sejak  tahun 1965 setiap tahun berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (AGM). Ini bersesuaian dengan syarat yang telah ditetapkan RoS kepada setiap pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Terbaru PSSCM telah mengadakan AGM kali ke 47 nya pada 22 Jun 2019 lalu bertempat di Seremban, Negeri Sembilan.

Info mengenai PSSCM sila layari;
https://www.silatcekak.org.my/

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2019

Saturday 22 June 2019

Program 54 Tahun PSSCM 2019 meriah...



22 Jun 2019, Sabtu: SEREMBAN. Program Sambutan Ulangtahun ke 55 PSSCM berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 3,000 ahli PSSCM dan keluarga dari seluruh tanah air. Program bertemakan Memartabatkan Silat, Melestarikan Budaya ini diadakan dengan suasana Aidil Fitri yang masih disambut oleh umat Islam telah berjaya menghidupkan tradisi budaya dan adab keMelayuan yang menjadi teras kepada program-program persilatan dalam Seni Silat Cekak Malaysia.


Program dimulakan upacara Majlis Konvokesyen PSSCM kali ke 36 yang mana seramai 512 orang penuntut Silat Cekak dari seluruh tanah air berjaya menerima Sijil Rendah Seni Silat Cekak Malaysia dari jumlah tersebut seramai 79 orang menerima Sijil Kepujian SSCM dianugerahkan oleh YMDGU. Pada konvokesyen ini juga dua orang ahli PSSCM Putrajaya turut menerima Sijil Rendah PSSCM termasuk seorang penerima Sijil Kepujian SSCM.




Upacara Konvokesyen ini dilakukan sepertimana upacara konvokesyen di institusi-insitusi pengajian tinggi diserikan dengan penuh berseni adab dan adat keMelayuan. Maklumat lanjut sila layari;
https://www.youtube.com/watch?v=kwNJmOrPako&feature=youtu.be&fbclid=IwAR1sfg4fnXwwapdCq4fs6J5MmJRs-gelPBR9NbtiHYmik_1jkbPO5JPJ9bg

Pada sebelah tengaharinya telah diadakan Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) PSSCM kali ke 47. Dalam MAP kali ini telah diadakan Pemilihan bagi Jawatankuasa PSSCM bagi Sesi 2019 - 2022. Semasa program ini juga PSSCM telah melancarkan laman web PSSCM versi baru yang lebih interaktif dan infomatif.


   


Pada sebelah malamnya telah diadakan Sambutan Aidil Fitri Guru Utama dan Presiden PSSCM bersama ahli-ahli PSSCM dan keluarga yang dihadiri hampir 3,000 tetamu terdiri dari ahli PSSCM, keluarga dan penduduk setempat. Pelbagai juadah disediakan bagi meraikan para tetamu yang hadir. Sila layari: https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/849989535356377/?t=4280

Dalam ucapan YMDGU telah menyentuh pentingnya permuafakatan dan persaudaraan di kalangan ahli-ahli PSSCM agar mereka dapat menjayakan hasrat PSSCM mendaulatkan seni silat Melayu ke peringkat lebih tinggi dan dihormati oleh masyarakat. PSSCM kini berjaya menjadi sebagai sebuah persatuan silat yang mampu menggerakkan ahlinya mendokong seni budaya tradisi orang Melayu melalui pelbagai aktiviti kebudayaan yang mendapat tempat di institusi-institusi pengajian tinggi.



Tradisi pemberian duit raya untuk anak-anak Cekak

Program Sambutan Aidil Fitri ini dilakukan secara gotong royong melibatkan ahli-ahli PSSCM yang telah menyediakan pelbagai juadah hasil air tangan sendiri bermula dari penyediaan bahan mentah sehingga ke proses memasak, menghidang dan membersihkannya. Ini merupakan sebahagian dari asuhan dan didikan PSSCM bagi menyemai semangat kerjasama dan kesukarelawan di kalangan ahli-ahlinya.  

Hebat ...Pasukan Chef-Chef PSSCM yang menjadi tunjang hidangan makanan sepanjang program
Tim Unit Istiadat dan Protokol PSSCM
Tahniah dan syabas kepada semua ahli dan jawatankuasa yang terlibat menjayakan program hebat ini. Tahun depan kita jumpa lagi...

Memartabatkan Silat, Melestarikan Budaya

Foto-foto menarik

Air Jagung Klebang yang laku keras




Panglima Istiadat PSSCM segak bergaya











Suasana meriah Sambutan Aidil Fitri PSSCM ...ramainya

Booth Pendaftaran Ahli Perwakilan PSSCM 2019





Srikandi PSSCM berfoto selepas membuat persembahan hebat



Perwakilan PSSCM Pulau Pinang yang menghadiri Mesyuarat Perwakilan PSSCM 2019

Kredit foto: Ahli-ahli PSSCM dan Jabatan Penerangan PSSCM

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2019 






Wednesday 19 June 2019

Persediaan Krew untuk Program Konvo, MAP dan Sambutan Aidil Fitri PSSCM 2019



Jom kita meriahkan sambutan Konvokesyen PSSCM, Mesyuarat Agung Perwakilan PSSCM dan Sambutan Aidil Fitri PSSCM yang bakal diadakan pada Sabtu, 22 Jun 2019. Demi menjayakan program Konvokesyen kelak, Unit Istiadat dan Protokol PSSCM telah diberikan tanggungjawab melakukan persiapan rapi bagi memastikan kesempurnaan program. Unit ini turut bekerjasama dengan pelbagai unit lain dalam PSSCM atas semangat gotong-royong. 

Barisan Unit Istiadat dan Protokol PSSCM yang menjadi tunjang tenaga penggerak Sambutan Konvokesyen PSSCM 









Selain itu, PSSCM telah melakukan hebahan di media bagi mempromosikan program gemilang ini pada 18 Jun 2019.



Sila layari SPM 2019 - WARISAN 54 TAHUN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA di laman berikut;

https://m.youtube.com/watch?v=JQuRvtODX0o

dan,

SPM 2019 - Demo Pesilat Cekak PSSCM (18 Jun 2019).
Siaran Langsung: Selamat Pagi Malaysia

https://myklik.rtm.gov.my/live.php?ch=1
https://youtu.be/KjOkGtF8n_w

Kredit : beritanasionalrtm rasmi dan Jabatan Penerangan PSSCM



Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya 2019