Wednesday 27 November 2019

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sambutan Sedekad PSSCM Putrajaya Bil 2/2019


Rabu, 27 November 2019: PSSCM Kelas Latihan Putrajaya telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan & Penyelarasan Sambutan Sedekad PSSCM di Putrajaya (2010 - 2020) Bilangan 1/2019 bertempat di Bilik Serbaguna Persatuan Sukan Putrajaya, Presint 11.

Mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa kerja sambutan yang akan menyelaras segala program yang dirancang bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ke 10 kewujudan PSSCM di Putrajaya. 

Antara program utama yang dirangka dan akan dilaksanakan adalah;
  • Program Bicara Ilmu - 11 Januari 2020
  • Majlis Makan Malam - 4 April 2020
  • Program Perkhemahan Hari Keluarga - September / Oktober 2020 
  • Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa 2021 - 2023 - Disember 2020






Selain itu, beberapa program kecil turut dirancang untuk dilaksanakan di kelas latihan PSSCM Putrajaya seperti Majlis Aidil Fitri PSSCM Putrajaya, Latihan Silat Bersama dan aktiviti perkelahan santai.  




Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya.    

Saturday 9 November 2019

PSSCM Putrajaya @ Sambutan Maulidur Rasul PSSCM Ibu Pejabat 2019


Sabtu, 9 November 2019 GOMBAK: Seramai 11 orang ahli PSSCM Putrajaya telah menghadiri Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat PSSCM Ibu Pejabat. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Menengah Setiabudi, Gombak.

Majlis ini merupakan tradisi yang diraikan secara tahunan oleh PSSCM bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw. Majlis ini juga menjadi wadah bagi menghimpunkan ahli-ahli PSSCM, merapatkan ukhwah dalam sebuah program bercorak kerohanian yang digalakkan oleh syariat.


Program ini dihadiri lebih 300 peserta ini turut diserikan dengan kehadiran YMDGU dan isteri serta ahli-ahli PSSCM Lembah Kelang. Majlis dimuliakan dengan berselawat, berzanji, marhaban dan qasidah serta ceramah agama oleh penceramah jemputan dari PSSCM Pahang.

Foto-Foto menarik - kredit dari Jabatan Penerangan PSSCM








Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2019