Sunday 1 March 2020

Program Sulalatus Peradaban Melayu 2.0 PSSCMUSM


Sabtu, 29 Februari 2020 DEWAN BUDAYA USM: Program Sulalatus Peradaban Melayu 2.0 anjuran PSSCMUSM menampilkan Wacana Sejarah Peradaban Melayu dan Malam Kebudayaan Cekak yang bertemakan Silat Cekak Bukan Sekadar Silat.

Program ini dihadiri dan dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dr. Md Roslan bin Hashim, Timbalan Naib Canselor Kelestarian dan Pembangunan Institusi USM.


Program ini disertai hampir 500 orang dari kalangan para pelajar USM dan para penuntut Seni Silat Cekak Malaysia. 

Pembentangan Wacana 1 bertajuk "Pengkisahan Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid dalam Persejarahan Negeri Kedah 1800-1925 : Merungkai Kisah yang Terpendam" telah disampaikan oleh Tuan Shukri bin Janudin; Pengarah Bahagian Penyelarasan Dasar dan Pematuhan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya merangkap Penasihat PSSCM Putrajaya.



Sementara Wacana 2 bertajuk "Tak Kah Melayu Hilang di Dunia?" disampaikan oleh Profesor Komunikasi, Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Abdul Mu'ati @ Zamri bin Ahmad.

Pada sebelah malam Program Sulalatus Peradaban Melayu 2.0 mengadakan Malam Kebudayaan Cekak yang bertemakan Silat Cekak Bukan Sekadar Silat yang merupakan Pertandingan Sketsa antara IPT dan Cawangan PSSCM. Program ini dirasmikan oleh  YBhg, Dr. Fadzilah binti Amzah, Pengerusi Rancangan Kebudayaan Kokurikulum.





Program kebudayaan ini disertai oleh 9 penyertaan/kumpulan sketsa iaitu dari PSSCM Cawangan Perak, PSSCM Universiti Malaysia Perlis, PSSCM Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, PSSCM Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan, PSSCM Universiti Teknologi Mara, Pulau Pinang, PSSCM Universiti Malaysia Kelantan, PSSCM Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk, PSSCM Universiti Utara Malaysia dan Politeknik Ungku Omar.


Program turut diserikan dengan  demonstrasi silat, gurindam, pantun dan syair. Dalam pertandingan ini tempat pertama  dimenangi oleh Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Pemenang tempat kedua, Universiti Malaysia Kelantan dan pemenang tempat ketiga Universiti Malaysia Perlis.

#USM #silatcekak #silatmelayu #busana #budaya #melayu #sejarah #kedah #penang #varsiti #budaku #UPM #uniten #uitm
Dsediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2020