Sunday 20 February 2022

Forum Hibrid PSSCM ke 9: Adab dan Moral Dalam Mendepani Era Digital

 



20 Februari 2022. Forum Hibrid Siri-9 sempena perayaan 55 & 56 tahun PSSCM  yang bertajuk ADAB DAN MORAL DALAM MENDEPANI ERA DIGITAL telah berlangsung di Bangunan Silat Cekak dan dipancarkan secara atas talian di FB lives dan youtube rasmi PSSCM.

Forum kali ni menampilkan 2 orang panelis iaitu Prof. Dr. Abdulaziz Berghout, Dekan ISTAC Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan  Pn. Hajah Noorzahrawany bt Salleh;  Peguam dan Rakan Kongsi Tetuan Mumtaz Md Nawi & Co  yang juga merupakan ahli PSSCM. 

Moderator untuk Forum kali ini adalah Dr. Wan Norsyakila b Wan Kamarudin , Pensyarah/Koordinator Program Mantissa College, Kuala Lumpur. 

Forum dimulakan dengan alunan Selawat Badriyah, bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, seterusnya ia diselang selikan dengan maklumat Sambutan Perayaan 50 tahun PSSCM Cawangan Kedah.

Forum ini juga adalah Forum Maya siri akhir bagi perayaan 55& 56 tahun.

Program ini mendapat capaian sehingga facebook seramai 2200 orang. 

Kredit: Jabatan Penerangan PSSCM