Saturday 14 April 2018

PSSCM Putrajaya @ Majlis Makan Malam PSSCM Ibu Pejabat


Sabtu, 14 April 2018...KUALA LUMPUR: Seramai 12 ahli PSSCM Putrajaya telah menghadiri Majlis Makan Malam PSSCM Ibu Pejabat yang telah diadakan di Dewan Serbaguna TM di Bangsar, Kuala Lumpur.

Majlis ini turut dihadiri oleh kira-kira 350 orang ahli PSSCM Ibu Pejabat dan telah dirasmikan oleh YM Datuk Guru Utama merangkap Presiden PSSCM. Bersama-sama hadir menyerikan majlis adalah YM Datin isteri YMDGU serta Naib Presiden 2 PSSCM dan isteri.


Program makan malam tahunan ini juga turut memaklumkan Pemilihan Jawatankuasa ke Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) PSSCM pada Mei nanti.



YMDGU di dalam ucapannya telah menyeru agar ahli-ahli PSSCM agar terus bersama-sama memperjuangkan Seni Silat Cekak Malaysia sebagai wadah penyatuan bangsa dan agama di negara ini. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih di atas semangat kebersamaan semua ahli yang terlibat menjayakan pelbagai aktiviti samada di peringkat PSSCM dan di luar PSSCM.





Majlis malam ini telah diserikan dengan acara cabutan-cabutan bertuah, persembahan silat dan bacaan puisi  serta juadah yang  lazat serta menyelerakan. Sebelum itu pada sebelah petangnya telah diadakan satu sesi ceramah sempena Israk Mikraj yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Rusli Jamauddin; Mudir Madrasah Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah, Kuala Muda, Kedah. 

Tahniah dan terima kasih atas kehadiran semua. 

Foto-foto menarik ihsan dari rakan-rakan PSSCM




















Sekitar rakaman program, sila layari;

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/1697673360315408/

Rangkuman rakaman sekitar Majlis Makan Malam Ibu Pejabat 2018.



Unit Media Strategik PSSCM@2018

Sunday 8 April 2018

PSSCM Putrajaya laksanakan ujian teori Sijil Rendah (SR) Silat Cekak


Ahad, 8 April 2018, BANGI: seramai 4 orang ahli PSSCM Putrajaya telah selamat menduduki peperiksaan teori Ujian Sijil Rendah (USR) PSSCM yang dijalankan secara atas talian pada malam ini.





Peperiksaan ini merupakan sebahagian dari komponen yang akan melengkapkan pemarkahan ujian teori para calon yang mengambil USR. Sebelum ini para calon telah menduduki dan perlu lulus di dalam ujian praktikal iaitu ujian seni silat.     

Semoga para calon PSSCM Putrajaya akan memperolehi keputusan yang cemerlang. Nanti boleh ambil sijil masa Majlis Konvokesyen PSSCM pada 12 Mei 2018 nanti...

Dah habis exam kita enjoy sakan makan-makan...









Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2018

Saturday 7 April 2018

Tajuk PSSCM Putrajaya dibentangkan @ UKM.


Sabtu, 7 April 2018, BANGI: Seramai 140 orang calon Sijil Menengah Akademik (SMA) PSSCM hari ini berkumpul di Pusat Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk membentangkan kertas kerja mereka sebagai sebahagian dari syarat untuk lulus dan mendapatkan sijil SMA pada Majlis Konvokesyen PSSCM pada Mei 2018 akan datang.


Mereka terdiri dari calon PSSCM dari pelbagai cawangan Negeri dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Salah satu kumpulan telah membuat sebuah kertas kerja bertajuk "Perkembangan Persatuan Seni Silat Malaysia (PSSCM) di Putrajaya: Prospek dan Permasalahan".

Tajuk tersebut merupakan sebahagian dari 28 buah kertas kerja yang dibentangkan dengan dinilai oleh panel-panel pakar dari PSSCM. Kertas-kertas kerja ini kemudiannya akan ditempatkan dalam rekod dan Perpustakaan ATMA.

Usaha ini merupakan strategi PSSCM meningkatkan nilai ilmiah ilmu silat Melayu ke arah merealisasikan program Silat Cekak Silat Akademik yang dicita-citakan oleh pengasas PSSCM; Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad dan Guru-Guru Utama PSSCM selepasnya.

Didoakan semoga semua calon SMA PSSCM Sesi 2017 / 2018 beroleh kejayaan, Insya Allah.       












Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2018

Thursday 5 April 2018

Kelas Latihan 1Sekolah 1Silat 5 April 2018



Khamis, 5 April 2018, PUTRAJAYA: Kelas latihan 1 Sekolah 1Silat PSSCM pada hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna. AlhamduLillah kehadiran adik-adik penuh bersemangat.



  

Rajin berlatih asas kemahiran...

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2018