Thursday 30 March 2017

Program 1 Sekolah 1 Silat @ SMK PP 9(2) direstui YMDGU


Khamis, 30 Mac 2017... Usaha memperkenalkan Persatuan Seni Silat Silat Cekak Malaysia (PSSCM) ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) di bawah program 1 Sekolah 1 Silat telah membuahkan hasil apabila telah mendapat surat kelulusan dari pihak Pengetua Sekolah berkenaan.


Surat rasmi tersebut akhirnya telah diserahkan kepada YM Datuk Guru Utama dan Presiden oleh wakil guru sekolah berkenaan semasa Majlis Bersama Guru Utama di Bangunan Silat Cekak di Sentul, Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan tersebut YMDGU yang juga Ahli Dewan Perguruan PESAKA Malaysia telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan kepercayaan kepada pihak PSSCM untuk mengembang dan mengajar Seni Silat Cekak Malaysia di sekolah tersebut.


SMK Putrajaya Presint 9(2) merupakan sekolah perintis kepada program 1 Sekolah 1 Silat anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi PSSCM.

Pihak PSSCM telah membuat persediaan awal seperti silibus, modul dan tenaga pengajar bagi menjayakan program ini ke arah melahirkan modal insan generasi remaja dan pelajar yang aktif dalam bidang ko-kurikulum berteraskan ilmu persilatan.     

Syabas diucapkan buat PSSCM Putrajaya!!!




30 Mac 2017: Wakil SMKPP9(2) menemui YMDGU untuk menyerahkan surat dari pihak sekolah untuk membenarkan pembukaan kelas di SMKPP9(2)







Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya @ 2017

Majlis Bersama YMDGU dan Ahli PSSCM Ibu Pejabat dan Lembah Klang


Khamis 30 Mac 2017...Ahli-ahli PSSCM Putrajaya turut bersama menghadiri Majlis Bersama YMDGU di Bangunan Silat Cekak di Sentul, Kuala Lumpur. Alhamdu Lillah kehadiran ahli PSSCM yang ramai telah memeriahkan suasana. Turut diadakan sambutan hari ulangtahun kepada Tuan Setiausaha Agong PSSCM dan Penyelia Kelas PSSCM Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur.

Doa memohon restu dan keberkatan atas rezeki, umur dan kejayaan 

Syukur AhamduLillah atas rezeki yang dikurniakan...


Tuesday 28 March 2017

Kelas Silat Cekak 28 Mac 2017


Selasa, 28 Mac 2017...kelas Silat Cekak pada malam ini. Walaupun hujan tetap bersemangat menimba ilmu beladiri. Jom berdaftar segera belajar Silat Cekak Malaysia@Presint 9, Putrajaya.

Monday 20 March 2017

Latihan Silat Cekak Malaysia 20 Februari 2017


Isnin 20 Februari 2017...Kelas Latihan Silat Cekak Malaysia berjalan seperti biasa. Jom kita pelajari ilmu beladiri warisan bangsa. Bila berlatih badan sihat, otak cerdas, dapat kemahiran... rakan pun ramai.

Saturday 18 March 2017

Jom kita belajar Silat Cekak Malaysia@Putrajaya


Pengambilan Ahli baru PSSCM kini dibuka. Jom kita belajar Silat Cekak Malaysia di mana jua kita berada. Sambil-sambil belajar silat boleh work out dan mengeratkan silaturrahim. Bagi warga Putrajaya dan sekitarnya peluang belajar silat kini terbuka luas. Tak jauh... kat Presint 9 jer.

Wednesday 15 March 2017

Demonstrasi Perasmian Kejuaraan Silat Pra Sukan Sea VII 2017

Rabu, 15 Mac 2017: Majlis Perasmian Kejuaraan Silat Pra Sukan Sea ke 7 Kompleks Lincah Mahaguru Omardin KLMO. PSSCM turut membuat persembahan yang memukau hadirin. Tahniah dan syabas kepada tim demonstrasi gabungan PSSCM Lembah Kelang, Selangor dan Putrajaya


Logo Kejohanan 

Barisan kontingen dan delegasi peserta Kejohanan Silat 

Aksi para pesilat PSSCM yang memukau hadirin kerana menampilkan kelainan

Barisan panglima dan pendekar PSSCM yang sedia beraksi


Monday 13 March 2017

Surat PESAKA - Penggunaan Nama 'Pencak' dan 'Silat'


Isnin, 13 Mac 2017...PESAKA telah memberikan penjelasan mengenai penggunaan perkataan 'Pencak' dan 'Silat' melalui surat edarannya bertarih 13 Mac 2017. 

Mulai tarikh di atas penggunaan nama Silat atau Seni Silat adalah lebih bersesuaian dengan aktiviti persilatan di Malaysia.

Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM @2017

Saturday 11 March 2017

Program TOT Yayasan Anti Rasuah Malaysia Siri 2/2017


Sabtu 11 Mac 2017 - Program Training of Trainers (TOT) anjuran Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Siri 2/2017 telah diadakan di Bangunan D6 SPRM, Putrajaya. 

AlhamduLillah, seramai 12 orang ahli PSSCM Putrajaya dan Sg Besi kini menjadi sukarelawan YARM bersama NGO dan komuniti di Putrajaya. Program ini dirasmikan oleh Dato Sri Zakaria Jaffar, Presiden YARM.

Program selama sehari ini telah memberikan peluang kepada para peserta mengetahui selok-belok bidang tugas, peruntukkan perundangan dan kaedah penguatkuasaan seseorang penguatkuasa SPRM di dalam menyiasat dan mendakwa pesalah-pesalah rasuah di Malaysia.

Para peserta turut berpeluang berinteraksi dengan para penceramah bagi mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam mengenai subjek yang dibentangkan. Program berakhir jam 5.00 petang dengan para peserta dianugerahkan Sijil Penyertaan masing-masing.

"Bersama SPRM membenteras Rasuah Musuh Negara"




Foto-foto Seminar;










Sila layari;



Berita disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya @Putrajaya 2017

Program Latihan Bersama PSSCM


Jumaat 11 Mac 2017: Program Latihan Bersama PSSCM@ Bukit Beruntung. Alhamdulillah tetap bersemangat demi Silat Cekak...Apalagi jom belajar Silat Cekak Malaysia di mana jua anda berada.

Friday 10 March 2017

Demonstrasi & Pameran Statik PSSCM @ SMK PP9(2)


Jumaat, 10 Mac 2017: Pihak PSSCM Putrajaya di jemput untuk mengadakan demonstrasi Silat Cekak dan pameran statik Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia sempena Program Kejohanan Padang dan Balapan 2017 SMK Presint 9(2) Putrajaya. 

Program ini berjaya memperkenalkan PSSCM di kalangan para guru dan pelajar sekolah berkenaan yang masih baru dengan nama PSSCM. 

Seramai 25 orang sukarelawan dari PSSCM terlibat di dalam program ini.  

Tahniah diucapkan!!!


Aksi Pesilat PSSCM mempamerkan ketangkasan Silat Cekak

10 Mac 2017: Demonstrasi Silat Cekak Malaysia sempena Hari Sukan dan Balapan SMKPP9 (2) detik permulaan PSSCM diterima sebagai badan ko-kurikulum sekolah.  

Lawatan Pengetua dan Pengerusi PIBG SMK Putrajaya Presint 9 (2) ke booth mini pameran PSSCM




Wednesday 8 March 2017

Sesi Penerangan PSSCM bersama Y.Bhg Pengetua SMK Putrajaya Presint 9 (2)


Rabu, 8 Mac 2017...Jabatan Pembangunan Pendidikan (JPP) PSSCM telah mengadakan sesi penerangan dan dialog bersama Y.Bhg Pengetua; Tuan Zarawi Ravi bin Abdullah dan Guru-Guru Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah bagi maksud membuka dan mengadakan latihan Seni Silat Cekak Malaysia di sekolah berkenaan.


Permohonan rasmi ini dibuat berdasarkan undangan dari pihak sekolah yang ingin memperkenalkan seni silat Melayu sebagai badan beruniform dan ko-kurikulum di sekolah terbabit.   


Tahniah ...semoga Allah merestui penubuhan Kelas PSSCM di sekolah ini di bawah Program 1 Sekolah 1 Silat anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan PESAKA Malaysia.


Foto-foto berkaitan; 






Penyerahan cederahati Buku, Majalah dan Jurnal terbitan PSSCM kepada Pengetua sekolah tanda nilai keilmuan di dalam Silat Cekak Malaysia yang sesuai dengan prinsip dan teras International Baccalaureate yang dilaksanakan pihak sekolah



22 Februari 2017...Penyerahan Kertas Kerja Untuk Membuka Kelas PSSCM di SMKPP9(2). Kertas kerja diserahkan wakil PSSCM kepada wakil sekolah

Monday 6 March 2017

Pelancaran Tema Sambutan 52 Tahun PSSCM




Isnin 6 Mac 2017@ Kelas Latihan Shah Alam...Majlis Pelancaran Tema Sambutan 52 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia bertemakan "Budaya Silat Teras Transformasi Negara" dan Sesi Penggambaran Rancangan TV8, "Together, Here We Are".