Monday 30 August 2021

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 64 dari PSSCM

 




Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke 64 dari PSSCM. Semoga kita sentiasa selamat sejahtera sepanjang pandemik Covid 19.

Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya 2021

Sunday 29 August 2021

Forum Bual Bicara Merdeka 64


Forum menampilkan panelist Prof. Emiritus Datuk Dr. Kamaruddin Hussin; ahli PSSCM.

Ayuh saksikan...


Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya 2021 

Saturday 14 August 2021

Forum Maya 55 Tahun PSSCM "Nostalgia Bersama Al Marhum Ustaz Hj. Ishak bin Itam"

Sabtu, 14 Ogos 2021: PSSCM telah menganjurkan Forum Maya 55 Tahun PSSCM Siri 7 bertajuk 'Nostalgia Bersama Almarhum Ustaz Hj Ishak Bin Itam'. Forum ini berjaya mengumpulkan lebih 1,000 orang peserta PSSCM bersama keluarga. 





Seramai tiga orang ahli Panelis telah menceritakan nostalgia mereka bersama Tuan Haji Ishak bin Itam; Guru Utama dan Presiden PSSCM ke 2 (1986-2009). Semoga perkongsian ilmu ini akan memberikan banyak pengajaran kepada ahli-ahli PSSCM dalam mengharungi cabaran dalam perjuangan mendaulatkan ilmu persilatan ini.






Kredit foto: 

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/photos/pcb.4260382237377828/4260380480711337

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2021.


Tuesday 10 August 2021

Sambutan Awal Muharam 1443H & Hari Tenaga Pengajar PSSCM 2021

 


Selasa, 10 Ogos 2021: PSSCM telah berjaya mengadakan Majlis 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐫𝐚𝐦 𝟏𝟒𝟒𝟑𝐇 & 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐏𝐒𝐒𝐂𝐌 secara on-line yang dihadiri lebih 900 peserta yang terdiri dari kalangan Ahli-Ahli dan Tenaga Pengajar PSSCM dari seluruh negara.





Majlis dimulakan dengan alunan marhaban, berzanji, qasidah dan burdah. Diikuti dengan program Hari Tenaga Pengajar 2021 yang amanatnya disampaikan oleh YMDGU. Beliau telah menekankan pentingnya ahli-ahli PSSCM terus bersama bersatu berdoa dan bertawakal bergantung hati pada Allah serta menghayati sirah Rasulullah saw dalam menghadapi ujian wabak Covid 19 yang melanda dunia ketika ini.




Acara kemuncak program adalah Penyampaian Amanat dan Ucapan Perasmian daripada Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM). 

Majlis diteruskan lagi dengan Pengisytiharan Tokoh Persilatan PSSCM iaitu YBhg. Tn.Hj. Mohd Hafiz bin Jamil dan Pengisytiharan Penerima Anugerah Khas Guru Utama (PSSCM) iaitu YBrs. En. Sham bin Mohd Ghani. 

Majlis berakhir pada jam 1.00 petang dan disudahi dengan nyanyian lagi Warisan Mutlak oleh semua peserta. 


Syabas PSSCM ...tetap inovatif dan progresif menghadapi Covid-19 dengan mendepani era digitalisasi

Kredit dan sila layari teaser sambutan: 

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/366625488402347

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya 2021