Saturday 26 May 2018

Majlis Bicara Santai & Berbuka Puasa PSSCM Putrajaya 2018


Sabtu, 26 Mei 2018: PUTRAJAYA: PSSCM KL Putrajaya hari ini telah menganjurkan Program Bicara Santai PSSCM Putrajaya Bersama Naib Presiden II Merangkap Ketua Pengurusan Kelas-Kelas Latihan PSSCM Ibu Pejabat (KP KLPIP) ; Yang Berbahagia Encik Safran Haji Ahmad.

Barisan AJK Wanita Cekak PSSCM (WCP) Putrajaya bersama Y. Bhg Pengerusi WCP Pusat
Turut hadir ialah Puan Farimah bt Idon; Pengerusi Wanita Cekak PSSCM, Penyelia PSSCM KL Putrajaya; Encik Sharudin Yasin, Penasihat Kelas PSSCM Putrajaya; Encik Shukri Janudin, ahli-ahli PSSCM Putrajaya dan wakil-wakil dari PSSCM Sg Besi.

Pemberian Cenderahati WCP Putrajaya kepada Pengerusi WCP Pusat
Barisan Kepimpinan PSSCM Putrajaya bersama tetamu 
Program julung-julung kali diadakan ini bagi memberikan pendedahan kepada ahli peserta mengenai sejarah penubuhan dan perkembangan PSSCM di Putrajaya sejak tahun 2011 dan perbincangan mengenai hala tuju PSSCM Putrajaya dalam menuju era 2020 selaras dengan Wawasan 2020. 



Di dalam majlis ini PSSCM Putrajaya turut membuat perlantikan seramai 12 orang Ahli Jawatankuasa Pengerak (AJKP) Sesi 2018 - 2020 bagi menggantikan AJKP PSSCM Putrajaya Sesi 2015 - 2017 sebelumnya.  Perlantikan ini mendapat persetujuan dari Y.Bhg KP KLPIP, para peserta serta AJKP 2015 - 2017 yang hadir. Jawatan-jawatan tersebut adalah;

Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari

AJK Media Strategik
AJK Kembara dan Rekreasi
AJK Persilatan dan Demonstrasi
AJK Pendidikan 1 Sekolah 1 Silat
AJK Wanita Cekak
AJK Lojistik dan Tugas-Tugas Khas
AJK Seni dan Budaya
AJK Agama
AJK Kebajikan 

Y.Bhg KP KLPIP dalam ucapannya berharap agar AJKP baharu dapat bertugas dan menjalankan kerja-kerja membangunkan PSSCM Putrajaya dengan lebih cekap, tersusun dan cemerlang bagi menyokong perkembangan PSSCM di Ibu Pejabat dan Putrajaya amnya sesuai dengan dasar-dasar semasa kerajaan serta visi dan misi PSSCM.

Foto-foto kenangan;











Majlis diteruskan dengan acara berbuka puasa dengan pelbagai juadah lazat serta Rakaman Ucapan Selamat Hari Raya dari PSSCM Putrajaya dan Sg Besi. 

Kepada AJKP 2018 - 2020 baharu, selamat bertugas!





Barisan Kepimpinan PSSCM Kelas Latihan Sg Besi



Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2018 

Tuesday 22 May 2018

Hebahan Aktiviti Terdekat PSSCM Putrajaya


PSSCM Putrajaya akan menganjurkan Program Bicara Santai dan Majlis Berbuka Puasa 2018M / 1439H bersama Naib Presiden PSSCM II merangkap Ketua Pengurusan Kelas Latihan Ibu Pejabat pada ketentuan berikut;

Hari       : Sabtu
Tarikh   : 26 Mei 2018
Waktu   : 3.30 petang - 6.30 petang (Bicara Santai)
                 7.20 malam - 8.30 malam ( Majlis Berbuka Puasa) 
Tempat  : Bilik Kelab, Tingkat 1 Pusat Komuniti Presint 16 Putrajaya
Etika Pakaian: Baju Korporat PSSCM @ Baju T-Shirt PSSCM @ kemas (Lelaki)
                          Baju Korporat PSSCM @ Baju Kurung (Wanita)
Penyertaan: Para ahli dan keluarga PSSCM adalah percuma. Sumbangan potluck untuk
                      jamuan bersama semasa berbuka puasa amat-amat dihargai dan dialu-alukan.

Jom kita sertai aktiviti majlis ilmu dan santai keluarga ini. Anjuran ...


Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2018

Thursday 17 May 2018

Salam Ramadhan 1439H dari PSSCM Putrajaya


Khamis 17 Mei 2018...Salam Ramadhan Al Mubarak 2018M / 1439H kepada semua pengunjung blog PSSCM Putrajaya. Semoga Ramadhan tahun ini dikurniakan keberkahan dari Allah swt atas segala amalan, sedekah jariah dan kebajikan yang dilakukan.

Selamat Beribadah Semua...

Sunday 13 May 2018

Krew Protokol PSSCM Menyelesaikan Tugasan Terakhir


Ahad, 13 Mei 2018...SENTUL, Kuala Lumpur: Krew Istiadat dan Protokol PSSCM telah menyelesaikan tugasan terakhir mereka mengemas dan menempatkan kembali segala peralatan istiadat Konvokesyen PSSCM ke 35 lalu. 

AlhamduliLlah semuanya menjadi mudah apabila ahli-ahli krew bersatu padu dan bekerja dengan ikhlas walaupun lelah sepanjang berada di belakang tabir kejayaan sesebuah program.

Syabas dan tahniah krew dari Putrajaya, Sg Besi, Sentul dan Selangor..

Disediakan oleh 

Unit Media Strategik PSSCM 2018.

Saturday 12 May 2018

Perutusan YM Datuk Guru Utama dan Presiden PSSCM Terhadap Kepimpinan Baru Kerajaan Malaysia




Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh & salam sejahtera saya ucapkan kepada semua yang melayari laman sesawang rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Saya sebagai Presiden & Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada 10hb Mei yang lalu.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh kepimpinan Pakatan Harapan di atas kemenangan di dalam PRU 14 baru-baru ini.

Tidak lupa juga, di kesempatan ini, ucapan terima kasih saya tujukan buat Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional sebelum ini kerana telah memberikan pelbagai pengiktirafan kepada institusi persilatan Melayu, yang mana semua, antara yang boleh dinyatakan:-
  • Pada 3 Oktober 2010 - Silat diiktiraf sebagai benteng pertahanan ketiga negara
  • Pada 18 September 2015 - Silat diisytihar sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara
  • Pada 2 April 2016 - Silat diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Program 1 Sekolah 1 Silat
Pengiktirafan ini secara tidak langsung telah mengangkat budaya silat ke suatu aras yang sangat membanggakan.

Sebagai sebuah badan NGO yang sentiasa bergiat aktif dalam memperjuangkan budaya bangsa Melayu, saya ingin menyatakan bahawa PSSCM bersedia untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam aspek membangunkan budaya bangsa Melayu.

Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, PSSCM sebagai sebuah badan NGO sentiasa akan menyokong dan mendukung aspirasi kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, dan ingin saya tegaskan bahawa PSSCM bukanlah sebuah badan yang terikat dengan mana-mana parti politik.

Maka, tidak timbul sebarang isu yang mengatakan PSSCM ini membawa ideologi politik di dalam persatuan, walau sesiapa sahaja yang memegang tampuk pemerintahan negara, maka kami, seluruh warga PSSCM akan menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Apa yang telah dilaksanakan sebelum ini adalah merupakan sokongan yang kami tunjukkan kepada kerajaan yang memerintah demi memastikan perjalanan persatuan berada pada landasan yang betul.

Kami amat mengharapkan agar kerajaan baru yang dipimpin oleh YAB Tun Dr Mahathir, dapat memberikan manfaat yang sewajarnya buat PSSCM, agama, bangsa dan seterusnya tanahair tercinta.

Dan saya juga memohon jasa baik kepada kepimpinan negara terkini melalui teraju YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, agar meneruskan usul-usul yang telah diluluskan sebelum ini:-
  • Menyumbang kepada pembinaan kompleks silat negara, yang mampu memperkasakan ekonomi orang-orang silat
  • Meluluskan pemberian geran kepada Guru-Guru Silat yang berdaftar di bawah R.O.S yang aktif menyumbang kepada pembangunan silat di peringkat Negeri dan Kebangsaan
  • Bersetuju menempatkan Guru-Guru Silat semasa Hari Kemerdekaan Negara & Hari Pahlawan
Kami mendoakan supaya pemerintahan baru ini bakal menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan lebih berdaya saing dan mampu untuk merealisasikan aspirasi rakyat, demi rakyat dan demi tanah air kita yang tercinta, Malaysia selaras dengan manifesto yang terkandung di dalam “Buku Harapan: Membina Negara Memenuhi Harapan”.

Ingin saya memetik beberapa manifesto yang dirasakan sangat berkait rapat dengan matlamat perjuangan PSSCM iaitu:-
  • Mengembalikan maruah orang Melayu dan institusi-institusinya;
  • Memperkasa usaha membanteras rasuah sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuahnya;
  • Meningkatkan ketelusan dan integriti;
  • Mengembalikan kewibawaan universiti awam dan pengajian tinggi
Kami yakin, dengan penerapan jati diri mapan yang diterapkan di dalam ilmu Seni Silat Cekak Malaysia ini mampu untuk membantu kerajaan Malaysia bagi mencapai manifesto sepertimana yang telah digariskan.

Akhir kata, kami mengharapkan agar kolaborasi di antara kerajaan Malaysia dan PSSCM dapat dizahirkan dan kami bersedia untuk menggembleng tenaga demi kerajaan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH
Guru Utama & Presiden
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Tarikh : 12 Mei 2018

Sila layari perutusan ini di;



PSSCM Putrajaya turut memeriahkan Majlis Konvokesyen ke 35 PSSCM



Sabtu, 12 Mei 2018...SEREMBAN Negeri Sembilan: Tim PSSCM Putrajaya pada hari ini turut memeriahkan sambutan Konvokesyen PSSCM ke 35  yang diadakan di Dewan Datuk Haji Maideen, Paroi, Negeri Sembilan.

Tim PSSCM Putrajaya turut terlibat bersama krew Istiadat dan Protokol PSSCM melakukan pelbagai persiapan awal istiadat bersama-sama dengan pelbagai unit dalam PSSCM.


Sambutan Konvokesyen pada hari ini dirasmikan oleh YMDGU PSSCM; Datuk Haji Maideen Kadir Shah dan dihadiri hampir 2,000 ahli PSSCM dan keluarga mereka dari seluruh negara. Seramai 539 orang telah menerima sijil Rendah dan Sijil Menengah Akademik pada tahun ini.

Program tahunan ini merupakan antara usaha yang dilakukan oleh PSSCM bagi memartabatkan nilai keilmuan dan seni budaya bangsa agar selari dengan kemajuan serta perkembangan semasa. Ini sesuai dengan usaha menjadikan ilmu seni silat Melayu bertaraf akademik.

Tema Budaya Silat Teras Transformasi Negara menggambarkan budaya murni dalam ilmu persilatan seperti menghormati pemimpin, ibu bapa, mentaati pemerintah, menjunjung adat dan syariat serta mengekalkan perpaduan ummah  menjadi teras bagi kemajuan dan keamanan negara. Bahkan ilmu Seni Silat Cekak yang diamalkan oleh para penuntutnya juga turut membawa perubahan kepada landskap dunia persilatan Melayu di negara ini selaras dengan aspirasi negara.    

Foto-foto menarik;




















Persiapan di dapur oleh tim masak PSSCM

Tim Demonstrasi Silat membuat latihan terakhir

Tim Protokol di sebalik tabir 

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM 2018