Friday 18 September 2015

Silat Cekak: PM iktiraf Silat sebagai Seni Beladiri Rasmi Negara di Perhimpunan PESAKA 2015


Jumaat, 18 September 2015...YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan seni silat sebagai Seni Beladiri Rasmi Negara. Pengisyitiharan tersebut dilakukan di hadapan lebih 15,000 pesilat dan 2,000 tetamu yang hadir menyertai Perhimpunan Silat PESAKA Merdeka 2015 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Turut hadir adalah beberapa pemimpin PESAKA, seluruh negara dan pemimpin Melayu dari pelbagai NGO. 


PSSCM Putrajaya turut menghantar kontigen memeriahkan perhimpunan mega tersebut yang turut dihadiri oleh para kontingen PSSCM dari seluruh negara seramai 3,000 orang. PSSCM diwakili oleh YMDGU dan barisan pemimpin PSSCM seluruh negara.

Kontingen PSSCM Putrajaya akan merealisasikan impian membangunkan Silat Cekak Malaysia di Putrajaya

YMDGU bersalaman dengan YAB Perdana Menteri diperhatikan oleh YB Presiden PESAKA

Kontingen PSSCM Putrajaya segak bergaya


Pengisytiharan tersebut merupakan permulaan bagi perkembangan seni silat secara lebih agresif di sektor-sektor awam dan pusat-pusat pendidikan negara di seluruh negara.  Syabas dan terima kasih PM.


Video perhimpunan tersebut sila layari;

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya di Raptai Perhimpunan Pesilat PESAKA Merdeka 2015


18 September 2015...seramai 25 orang ahli PSSCM Putrajaya telah menghadiri raptai Perhimpunan Pesilat PESAKA Merdeka 2015 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 


Perhimpunan ini adalah bagi menzahir taat setia dan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada usaha penyatuan bangsa Melayu dan kepimpinan negara. Seramai lebih dari 15,000 pesilat telah berkumpul di dataran Merdeka seawal jam 4.00 petang dan jumlah terebut semakin bertambah kepada hampir 18,000 pada sebelah malamnya.



Perhimpunan ini telah mengumpulkan ahli-ahli silat dari pelbagai perguruan seni silat Melayu di bawah di bawah naungan badan induk Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Seri Wira Ali bin Rostam dan Setiausaha PESAKA Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.




Raptai dimulakan dengan perbarisan beramai-ramai...terasa meremang melihat begitu ramai pesilat yang turun berlatih semuanya bersemangat. Apatah lagi PSSCM menghantar kontingen paling ramai sehingga menjadi lautan biru gelap di Dataran Merdeka.






Pasti hebat malam nanti dengan ketibaan para panglima dan tetamu negara...Ayuh pesilat kita mara mempertahankan kedaulatan agama, bangsa, negara dan Institusi Raja Berperlembagaan.



Sesungguhnya cuaca jerebu bukan penghalang kepada semangat kami...

Foto-foto menarik;
















































Fuh hebat-hebat pesilat Cekak Malaysia ni...bersemangat!!!

Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya @2015