Sabtu, 2 Disember 2017...PSSCM Putrajaya telah menghadiri Persidangan Agung Dwi Tahunan PESAKA Putrajaya kali ke 2 di Dewan Ping Pong Presint 8 Putrajaya. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB. Senator Dato' Sri Khairuddin Samad; Presiden PESAKA Putrajaya.
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ini juga menyaksikan jawatan YB Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari dikekalkan. Manakala 2 orang Juru Audit Dalaman baru telah dilantik.
YB Presiden di dalam ucapannya memuji kesepakatan di antara badan-badan Pendiri Pesaka Putrajaya yang telah menjayakan program-program bagi memartabatkan kegiatan seni silat di Putrajaya. PESAKA Putrajaya akan bekerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menjayakan Program 1 Sekolah 1 Silat (1S1S) bagi sesi tahun hadapan.
YB Presiden juga mengalu-alu penyertaan ahli baru dari Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah ke dalam gabungan PESAKA Putrajaya dan berharap kesemua badan gabungan akan bergerak aktif menjayakan program-program silat di kalangan masyarakat di bandar ini.
Y. Brs Timbalan Presiden di dalam ucapannya turut berharap agar kesemua ahli dan pertubuhan silat di Putrajaya dapat menjayakan program-program yang dapat memartabatkan seni silat di Putrajaya antaranya Program Pelancaran 1S1S, Kejuaraan Silat 5x5 Piala Presiden PESAKA, Kursus Wasit dan Juri, Kursus Kejurulatihan dan sebagainya yang akan diadakan pada tahun hadapan.
Program malam ini dihadiri oleh kira-kira 35 orang ahli gabungan PESAKA Putrajaya terdiri dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM), Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) dan Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah Malaysia (PSSKSMM).
Disediakan oleh;
Unit Media PSSCM Putrajaya
No comments:
Post a Comment