Thursday 3 December 2015

Silat Cekak: Persembahan Seni Silat Cekak di Alor Setar, Kedah tahun 1966


Kami kongsikan sebuah poster lama Silat Cekak bertulisan jawi yang ditulis oleh YM Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad; Pengasas dan Guru Utama Silat Cekak.

Poster ini merupakan yang pertama dikeluarkan oleh almarhum untuk memperkenalkan Silat Cekak di Kedah secara besar-besaran menerusi pesta drama dan tarian. Ia juga merupakan siri demonstrasi besar-besaran setelah ramai ahli kumpulan perintis tamat belajar Silat Cekak sejak silat ini dihidupkan semula pada 28 Disember 1965 sebelumnya. Hasil promosi besar-besaran oleh ahli-ahli Cekak tersebut menyebabkan jualan tiket untuk menyaksikan pertunjukan tersebut banyak dijual dan panggung wayang tersebut sesak dengan para penonton.

Kesan dari pertunjukan kelas tersebut juga telah membolehkan kelas kedua Silat Cekak di bawah Perkompulan Seni Sari Budaya Seri Kedah (PSSBSK) berjaya dibuka di Alor Merah dan kelas ketiga di Telok Wan Jah, Alor Setar.  

Poster ini diedarkan di bandar dan di kampung-kampung sekitar Alor Setar, Kedah pada tahun 1966 yang lampau. Dalam poster ini terdapat gambar YM Ustaz Hanafi bersama rakannya menunjukkan beberapa buah Silat Cekak.

Berikut adalah maksud tulisan pada poster tersebut;  

"Ini dia persembahan istimewa pertunjukkan khas dihidupkan semula setelah lenyap lebih 50 tahun. Perkumpulan Seni Sari Budaya Seri Kedah dengan rasa syukur dan bangga mempersembahkan seni asli pusaka bangsa Silat Kedah atau Silat Cekak silat Melayu asli berasal dari negeri Kedah lain dari yang lain. Istimewa dengan sejarah, kaedah dan falsafah tersendiri. Saksikanlah satu-satunya silat Melayu yang sanggup menghadapi dan setanding dengan sebarang jenis silat antarabangsa;

* gerak tangkis dan gerak menyerang
* dilakukan berdasarkan ibadat sembahyang
* dengan tauhid menjadi lambang

Dipertunjukkan oleh ahli seni silat Perkumpulan Seni Sari Budaya Seri Kedah bersama-sama dengan pesta dan pertandingan drama dan tarian Melayu tahun 1966 di Panggung CATHAY, Alor Setar pada 13 September 1966 jam 8.00 malam"

Sumber;

PSSCM (1975). Suara Cekak Bil 1 1975, Kuala Lumpur hlm 10-11.

Disediakan oleh:

Unit Media dan Dokumentasi PSSCM Putrajaya, 2015

Wednesday 25 November 2015

Silat Cekak: Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil@ Ibu Pejabat Jalan Kent


Khamis, 26 November 2015...Majlis Bacaan Yassin Hajat dan Tahlil anjuran PSSCM Ibu Pejabat  @ Kelas Latihan PSSCM Jalan Kent, KL dihadiri lebih 50 ahli termasuk ahli-ahli PSSCM Putrajaya. Syabas dan tahniah memeriahkan majlis malam ini. semoga Allah memberkati amalan kita.




Saturday 21 November 2015

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya @ Seminar Kenegaraan & Keselamatan anjuran PSSCM UKM


Sabtu, 21 November 2015...PSSCM Putrajaya telah diundang sebagai peserta di Seminar Kenegaraan dan Keselamatan berteraskan Maqasid Syariah Siri 4/2015 anjuran PSSCM Universiti Kebangsaan Malaysia dengan keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM).


Program sehari ini disertai hampir 500 orang peserta yang kebanyakkannya terdiri dari golongan mahasiswa ahli - ahli PSSCM dan mahasiswa kampus serta masyarakat awam telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dato' Noor Aziah Mohd Awal bertempat di Komplek Tun Abdullah Muhammad Salleh, UKM.

Prof Dato' Nor Aziah di dalam ucaptamanya memuji penganjuran yang dilaksanakan oleh PSSCM UKM dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan berharap ilmu yang diperolehi sepanjang program ini akan menambah pengetahuan dan pengalaman para peserta terhadap isu-isu semasa. 



Program ini telah memberikan pendedahan kepada para peserta berkenaan aspek ancaman keselamatan negara, perundangan, dakwah Islam serta ketamadunan Melayu yang menjadi asas kepada pembinaan negara bangsa di Malaysia.

PSSCM UKM turut melakukan gimik persembahan demonstrasi dan pameran bagi memeriahkan program ini.

Para peserta melahirkan rasa puas hati terhadap penganjuran program ini dan berharap program ini akan diteruskan dimasa-masa akan datang. 











Lihat juga; http://www.ukm.my/news/Latest_News/islamic-law-the-best-platform-to-deliver-accurate-information/

Syabas PSSCM UKM atas penganjuran program ilmuan ini.

Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya @2015

Friday 16 October 2015

Silat Cekak: Demonstrasi Silat Cekak Malaysia di Program One Silat Championship @ Putrajaya


Jumaat, 16 Oktober 2015...PSSCM Putrajaya turut menghadiri dan menjadi urusetia kepada skuad demonstrasi PSSCM di Program One Silat di Putrajaya di bawah kelolaan PESAKA. Persembahan oleh skuad PSSCM ternyata memukau para hadirin dengan keunikan buah-buah Silat Cekak Malaysia.

Untuk melihat kehebatan Silat Cekak sila layari;

https://www.facebook.com/psscm.putrajaya/videos/1735501800015063/

Friday 18 September 2015

Silat Cekak: PM iktiraf Silat sebagai Seni Beladiri Rasmi Negara di Perhimpunan PESAKA 2015


Jumaat, 18 September 2015...YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan seni silat sebagai Seni Beladiri Rasmi Negara. Pengisyitiharan tersebut dilakukan di hadapan lebih 15,000 pesilat dan 2,000 tetamu yang hadir menyertai Perhimpunan Silat PESAKA Merdeka 2015 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Turut hadir adalah beberapa pemimpin PESAKA, seluruh negara dan pemimpin Melayu dari pelbagai NGO. 


PSSCM Putrajaya turut menghantar kontigen memeriahkan perhimpunan mega tersebut yang turut dihadiri oleh para kontingen PSSCM dari seluruh negara seramai 3,000 orang. PSSCM diwakili oleh YMDGU dan barisan pemimpin PSSCM seluruh negara.

Kontingen PSSCM Putrajaya akan merealisasikan impian membangunkan Silat Cekak Malaysia di Putrajaya

YMDGU bersalaman dengan YAB Perdana Menteri diperhatikan oleh YB Presiden PESAKA

Kontingen PSSCM Putrajaya segak bergaya


Pengisytiharan tersebut merupakan permulaan bagi perkembangan seni silat secara lebih agresif di sektor-sektor awam dan pusat-pusat pendidikan negara di seluruh negara.  Syabas dan terima kasih PM.


Video perhimpunan tersebut sila layari;

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya di Raptai Perhimpunan Pesilat PESAKA Merdeka 2015


18 September 2015...seramai 25 orang ahli PSSCM Putrajaya telah menghadiri raptai Perhimpunan Pesilat PESAKA Merdeka 2015 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 


Perhimpunan ini adalah bagi menzahir taat setia dan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada usaha penyatuan bangsa Melayu dan kepimpinan negara. Seramai lebih dari 15,000 pesilat telah berkumpul di dataran Merdeka seawal jam 4.00 petang dan jumlah terebut semakin bertambah kepada hampir 18,000 pada sebelah malamnya.



Perhimpunan ini telah mengumpulkan ahli-ahli silat dari pelbagai perguruan seni silat Melayu di bawah di bawah naungan badan induk Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Seri Wira Ali bin Rostam dan Setiausaha PESAKA Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.




Raptai dimulakan dengan perbarisan beramai-ramai...terasa meremang melihat begitu ramai pesilat yang turun berlatih semuanya bersemangat. Apatah lagi PSSCM menghantar kontingen paling ramai sehingga menjadi lautan biru gelap di Dataran Merdeka.






Pasti hebat malam nanti dengan ketibaan para panglima dan tetamu negara...Ayuh pesilat kita mara mempertahankan kedaulatan agama, bangsa, negara dan Institusi Raja Berperlembagaan.



Sesungguhnya cuaca jerebu bukan penghalang kepada semangat kami...

Foto-foto menarik;
















































Fuh hebat-hebat pesilat Cekak Malaysia ni...bersemangat!!!

Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya @2015