Monday 31 December 2018

Hari Wanita Cekak Kali ke 6 dan Sambutan Tahun Baru 2019.


Selasa, 31 Disember 2018: PSSCM telah mengadakan Hari Wanita Cekak 2018 di Dewan Datuk Hj Maideen, Paroi Seremban. Acara tersebut julung-julung kali diadakan sekaligus bagi menyambut Ambang Tahun Baru 2019.

Pelbagai acara menarik antaranya pertunjukkan fesyen cilik dan makan malam yang dihadiri lebih 100 orang tetamu. Wakil Putrajaya turut menghadiri dan memeriahkan program ini dengan menyediakan juadah sate buat para tetamu.





Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2018


Saturday 29 December 2018

Silat Cekak Ceriakan "Car Free Day" 2018 Putrajaya.



29 Disember 2018 (Sabtu) Jam 9.00 pagi, Dataran Putrajaya Present 3. 

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - Kelas Latihan Putrajaya telah diundang oleh Perbadanan Putrajaya untuk mengadakan persembahan sempena Majlis Perasmian " Free Car Day @ Putrajaya ".


Bagi pihak PSSCM merakamkan penghargaan Terima Kasih khususnya Presiden Dan Kakitangan Perbandanan Putrajaya atas jemputan tersebut. 





Semoga Seni Silat Budaya Bangsa khususnya Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia berkembang dengan pesatnya seiring dengan kemajuan negara.




Kredit foto:


Disediakan oleh;

Unit Demonstrasi dan Persilatan PSSCM Putrajaya@2018

Tuesday 20 November 2018

PSSCM Putrajaya @ Majlis Maulidurrasul PSSCM 2018.


Selasa, 20 November 2018: GOMBAK

PSSCM Putrajaya telah menghadiri Majlis Sambutan Maulidurrasul PSSCM Peringkat Lembah Klang 1440H yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak.



Majlis dimulakan dengan alunan selawat Badriyah diikuti dengan marhaban dan berzanji. Majlis tahunan ini merupakan program bercorak keagamaan yang dilaksanakan oleh PSSCM bagi mengangkat tradisi dan budaya yang bercirikan keIslaman. 








Disamping itu ia juga majlis sebegini berperanan sebagai medium yang menghimpunkan para pesilat PSSCM di dalam sebuah program yang dapat mengukuhkan jatidiri mereka sebagai seorang Melayu-Mukmin.



Syabas kepada semua yang hadir. Semoga dberkati amalan kita.

Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2018

Wednesday 14 November 2018

ICLK 8: Penyertaan PSSCM meriahkan persidangan, 5 kertas kerja berjaya dibentang...


Rabu, 14 November 2018, KUALA LUMPUR: PSSCM telah diberikan penghormatan untuk mengadakan persembahan pembukaan acara International Conference on Local Knowledge (ICLK) yang diadakan di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. 



Acara tahunan kali ke 8 ini diadakan pada 14 - 15 November 2018 dengan kehadiran lebih 300 orang yang terdiri dari golongan akademik, budayawan, sejarahwan dan para mahasiswa dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan dari negara-negara ASEAN terutamanya dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.



Acara ini dirasmikan oleh YB. Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Tema ICLK pada tahun ini ialah Kearifan Tempatan Dalam Warisan, Seni dan Sains

Acara persembahan demonstrasi seni silat dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia turut  menyerikan majlis perasmian program berkenaan.




Dalam acara ini PSSCM turut menghantar seramai 9 orang para pembentang kertas kerja ilmiah iaitu;

1. Shukri Janudin - Peranan Seni Silat Cekak Malaysia Dalam Pembangunan Seni Warisan Budaya Melayu Sepanjang Era 1965 – 1975.

2. Abdul Majid Ismail, Abdul Hafiz Ab Majid, Safiah Ahmad - Pakaian Seragam Latihan Seni Silat Cekak Malaysia, Busana Warisan Yang Ringkas Dan Penuh Makna: Satu Kupasan.

3. Abdul Majid Ismail, Mohd Miqdad Aswad Ahmad, Abdul Hafiz Abdul Majid - Kepimpinan Al-Marhum Ustaz Hj.Hanafi Bin Hj. Ahmad Dalam Seni Silat Cekak Malaysia.

4. Abdul Hafiz Ab Majid, Nurul Izza Abdul Aziz, Mohd Miqdad Aswad, Hazrina Yusof Hamdani, Ab Majid Ismail - Penjanaan Element H.E.B.A.T Menerusi Kokurikulum Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

5. Siti Hawa M.S, Ariffin H.- Peranan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)   Memartabatkan Adab Dan Adat Budaya Melayu Dalam Menyambut Kelahiran Anak.

Kertas-kertas kerja ini akan menjadi rujukan ilmiah utama dan hak cipta kepada ICLK USM dan PSSCM berkaitan ilmu seni silat. Sesungguhnya usaha mengakademikkan ilmu Silat Cekak ini telah memenuhi impian Pengasas dan Guru Utama PSSCM pertama; Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad dalam merealisasikan Silat Cekak sebagai Silat Akademik



















Tahniah kepada para pembentang yang berjaya mengharumkan nama PSSCM.

Terima kasih ICLK kerana memberikan peluang kepada PSSCM. Semoga hubungan antara PSSCM dan ICLK akan terus berkekalan dan dapat dipertingkatkan. 

Insya Allah pada tahun 2019, PSSCM akan menghantar penyertaan lagi.








Maklumat lanjut sila layari;  https://iclk.usm.my/

#silatcekak #ICLK #PSSCM #USM #balaiseninegara

Kredit foto; Jabatan Penerangan PSSCM

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2018