Sunday 22 May 2022

Mesyuarat Agung Tahunan Ahli Terus Ibu Pejabat PSSCM 2022


Sabtu, 21 Mei 2022: Kuala Lumpur. Mesyuarat Ahli Terus Ibu Pejabat (ATIP) PSSCM telah diadakan di Bangunan Silat Cekak di Sentul Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 30 orang ahli PSSCM Ibu Pejabat termasuk urusetia.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YMDGU; Datuk Haji Maideen Kadir Shah dan turut dihadiri oleh Naib Presiden II PSSCM; Encik Safaran bin Ahmad serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pusat yang juga ATIP.  Turut hadir adalah wakil dari PSSCM Putrajaya.



Dalam ucaptamanya YMDGU melahirkan rasa syukur kerana aktiviti PSSCM dapat berjalan seperti biasa dalam situasi endemik setelah 2 tahun berada dalam PKP akibat pandemik Covid 19. Banyak aktiviti yang dirancang yang memerlukan komitmen ahli-ahli untuk menjayakannya.



Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya@2022

Saturday 14 May 2022

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri PSSCM 2022



Sabtu, 14 Mei 2022: Seremban. PSSCM telah mengadakan Majlis Sambutan Aidil Fitri 2022 bertempat di Dewan Datuk Haji Maideen di Paroi, Negeri Sembilan. Majlis ini dihadiri lebih dari 3,000 ahli PSSCM dan keluarga serta penduduk setempat.

Pelbagai hidangan disediakan secara berderau/gotong royong oleh ahli-ahli PSSCM dari pelbagai negeri yang pastinya amat lazat dan dinanti-nantikan oleh warga PSSCM setelah 2 tahun majlis seperti ini tidak dapat dirayakan disebabkan oleh pandemik Covid 19 dan PKP. 

Majlis kali ini diadakan pada jam 12.00 tengahari hingga jam 7.00 malam berbeza dari tahun-tahun sebelumnya yang diadakan pada sebelah malam. 



YMDGU dalam ucapannya menzahirkan rasa syukur kepada Allah swt di atas komitmen yang ditunjukkan oleh para ahli PSSCM untuk bersama-sama menyediakan juadah serta menghadiri majlis silaturrahim ini. Wakil-wakil PSSCM Putrajaya turut hadir ke majlis ini.  

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dari PSSCM Putrajaya.

Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya@2022