Sunday 25 June 2023

Majlis Tahlil Almarhum YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad; Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (1965-1986)



Kuala Lumpur 25 Jun 2023: PSSCM telah berjaya mengadakan Majlis Tahlil Almarhum YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad; Pengasas, Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (1965-1986) secara hibrid.

Program ini telah dirasmikan oleh YM Guru Utama PSSCM dan disertai oleh kira-kira 800 ahli PSSCM seluruh negara.



Program ini merupakan majlis tahunan yang diadakan oleh PSSCM sejak tahun 1987 selepas Almarhum kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 1986. 

Almarhum memimpin PSSCM sejak ia diasaskan dan meninggalkan legasi Seni Silat Cekak Malaysia yang menjadi salah sebuah seni silat Melayu yang berjasa kepada pembangunan agama, bangsa dan negara ini.

Legasi kepimpinannya kemudian disambung oleh Tuan Haji Ishak bin Itam (1986-2009) dan diterajui oleh YM Datuk Maideen bin Kadir Shah bermula sejak tahun 2009 hingga kini. Sanad kepimpinan Silat Cekak terus menyambung tanpa terputus sejak dibawa oleh Laksamana Wan Ismail bin Wan Muhammad Long sejak tahun 1821. 





Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan memberkati segala amal soleh para penuntut PSSCM yang mengadakan majlis pada malam ini.


Nak kongsi foto-foto menarik sila layari:

https://www.facebook.com/photo/?fbid=820381922784073&set=pcb.820393119449620

Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya@2023

Saturday 17 June 2023

Logo Terkini Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

 


PSSCM telah memperkenalkan logo berwajah baharu melalui pindaan Fasal 23: Perlembagaan PSSCM Bendera, Logo dan Lambang PSSCM semasa Mesyuarat Agung Perwakilan ke 51 (MAP 51) PSSCM yang telah diadakan pada 17 Jun 2023 bersamaan 28 Zulkaedah 1444 H bertempat di Bangunan Silat Cekak, Sentul Kuala Lumpur secara hibrid menggunakan aplikasi Zoom.




Keputusan ini mendapat sokongan sebulat suara 273 orang para perwakilan PSSCM dari seluruh negeri dan digazetkan sebagai logo rasmi PSSCM.



Antara pindaan Perlembagaan adalah Fasal 23.6 yang menyatakan bahawa PSSCM adalah pemilik mutlak Silat Cekak di Malaysia yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad pada 28 Disember 1965 bersamaan 5 Ramadhan 1365H.    

Logo PSSCM sebelum pindaan Fasal 23.2.6 Perlembagaan PSSCM

Logo terbaharu PSSCM 2023 berdasarkan Perlembagaan PSSCM


AlhamduLillah PSSCM merupakan sebuah persatuan persilatan Melayu yang mempunyai perjalanan sejarah yang lengkap dan tidak terputus dari sudut nasab sejarah, keturunan, perguruan dan persilatan sejak dibawa oleh Almarhum Laksamana Wan Ismail bin Laksamana Wan Muhammad Long bin Laksamana Wan Johan bin Laksamana Wan Kusai pada abad ke 17.

Kini PSSCM telah dinaungi oleh KDYMM Sultan Kedah Darul Aman. 

Baginda adalah kerabat diraja berasal dari sanad keturunan Laksamana Wan Ismail ini. Bukan calang-calang Laksamana Wan Ismail ni. Semua maklumat diperolehi melalui kajian akademik yang terperinci.

Sumber; Buku Laporan Tahunan 2022 Mesyuarat Agung Perwakilan PSSCM kali ke 51, 17 Jun 2023 hlm 3 

Daulat Tuanku. Semoga Allah swt merahmati pemerintahan KDYMM Tuanku.




Kredit gambar: Jabatan Penerangan PSSCM 

#silatcekak #silatmelayu #Kedah #kedahdarulaman #daulattuanku #jkkn @mysenibudaya


Disediakan oleh: PSSCM Putrajaya @2023


Sunday 11 June 2023

Infografik dan Fakta Ringkas Silat Melayu

 


Infografik ringkas Silat Melayu...berguna bagi menerangkan secara umum mengenai ilmu persilatan Melayu.

Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya@2023.