Thursday 28 July 2016

Silat Cekak: Kunjungan Aidil Fitri ke rumah Naib Presiden 2 PSSCM


Khamis 28 Julai 2016...Rombongan PSSCM Putrajaya dan keluarga pergi beraya @ rumah Naib Presiden 2 PSSCM; di Kuang, Sg Buloh, Selangor. Alhamdulillah banyak lagi kuih raya dan hidangan mee yang lazat. Sambil-sambil menjamu selera sambil-sambil mendapat ilmu...



Saturday 23 July 2016

Silat Cekak: Majlis Aidil Fitri PSSCM 2016@Dewan Bandaran, Ipoh ...jom kita makan yob



Sabtu, 23 Julai 2016...Setelah berpenat lelah dengan Explorace Cekak malam harinya ahli-ahli PSSCM Putrajaya bersama dengan ribuan ahli keluarga besar PSSCM bersantai menjamu selera sempena Sambutan Aidil Fitri PSSCM di Dewan Bandaran Ipoh, Perak. 


Paling menarik kebanyakkan juadah disediakan oleh ahli-ahli dan komuniti PSSCM dari pelbagai negeri termasuk tim memasak dari PSSCM Perak yang sungguh lazat. Majlis diserikan dengan kehadiran YB Datu Dr Amin Zakaria; Ahli Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak yang juga ahli lama PSSCM.




Silat Cekak Malaysia bukan sekadar bersilat tetapi turut bersilaturrahim...esok kita bersiap untuk pulang ke Putrajaya. Indah sungguh berhari raya di Ipoh, ramai kenalan lama kita jumpa.

Liputan Harian Metro 25 Julai 2016 


Silat Cekak: Kemeriahan Explorace PSSCM 2016@Ipoh


Sabtu, 23 Julai 2016...PSSCM Putrajaya telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai Explorace PSSCM 2016 di Bandaraya Ipoh, Perak. Acara gilang- gemilang ini diadakan sempena Perayaan 50 tahun PSSCM diikuti dengan sambutan Aidil Fitri PSSCM 2016 yang di adakan di Dewan Bandaran Ipoh yang dirasmikan oleh YB Dato' Dr Amin Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak yang juga merupakan ahli lama PSSCM.

Peserta Explorace serba merah bersedia untuk memulakan kejohanan Treasure Hunt  



Para peserta diminta menganyam ketupat sebelum mendapat klu seterusnya

Panas terik tidak menghalang kemeriahan Explorace ini...masing-masing hendak menang



Tunggu liputan seterusnya...

Thursday 21 July 2016

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya @ Forum Keselamatan anjuran Kumpulan Utusan Malaysia.


Khamis, 21 Julai 2016...Wakil-wakil PSSCM Putrajaya menyertai delegasi PSSCM menghadiri Forum Khas Ancaman Daesh Bertapak di Malaysia di Dewan Besar Utusan Malaysia. Program ini anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Kumpulan Utusan dengan kerjasama pihak PDRM dan agensi-agensi berkaitan. Tahniah kepada perwakilan PSSCM yang turut menyertai NGO-NGO yang lain. 


Jom kita bersama-sama peihara keselamatan negara ini.

Tuesday 19 July 2016

Kelas Latihan Silat Cekak 20 Julai 2016...kelas dipenuhi kuih raya


Selasa, 19 Julai 2016...Suasana Aidil Fitri masih lagi terasa, lepas bakar kalori dengan latihan kita sental kuih raya pula.