Saturday 29 April 2017

Kursus Sijil Menengah Akademik (SMA) PSSCM 2016-2017


Sabtu 29 April 2017... Kursus Sijil Menengah Akademik Ujian Teori dan Praktikal PSSCM Sesi 2016-2017 di Kolej Multimedia, Kuala Lumpur. Seramai tiga orang jurulatih PSSCM Putrajaya turut terlibat mengikuti program tahunan ini bagi merealisasikan Silat Cekak Silat Akademik. Semoga berjaya dan sampai bertemu di Majlis Konvokesyen PSSCM di Seremban, Negeri Sembilan 20 Mei 2017 nanti.   















Thursday 27 April 2017

Kelas Latihan PSSCM @SMKPP 9(2)


Khamis, 27 April 2017...Kelas latihan PSSCM di Sekolah Menengah Putrajaya Presint 9 (2) di bawah program 1 Sekolah 1 Silat telah dihadiri seramai 26 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2 dengan dibantu 3 orang tenaga pengajar PSSCM. Turut hadir memberi sokongan adalah Guru Penasihat PSSCM Sekolah. 

Nampaknya adik-adik ini begitu bersemangat dengan ilmu beladiri ini. Syabas adik-adik ....rajin berlatih asas kemahiran. Jumpa lagi minggu depan.

Jurulatih profesional program 1 Sekolah 1 Silat PSSCM sedang mengajar penuntut

Pelajar wanita yang bersemangat


Latihan kaedah asas Silat Cekak

Sesi pengenalan antara para penuntut baru


Sunday 23 April 2017

Program Penghayatan Cekak @ UPSI, Tanjung Malim Perak


Ahad, 23 April 2017: Wakil-wakil dari PSSCM Putrajaya telah menghadiri Seminar Penghayatan Cekak@ Dewan Seminar Aminuddin Baki, Kampus Sultan Azlan Shah di UPSI, Tanjong Malim, Perak. Seramai 70 peserta PSSCM dari kalangan mahasiswa UPSI turut menghadiri program keilmuan ini.



Di dalam program keilmuan ini para peserta didedahkan dengan konsep pentadbiran, sejarah dan pendidikan di dalam Silat Cekak yang akan memberikan mereka ilmu dan pengalaman berguna di dalam sistem urus tadbir persatuan sebagai persediaan menguruskan bidang kerja apabila berkerjaya kelak.



Saturday 22 April 2017

PSSCM Putrajaya@Majlis Makan Malam dan Sambutan Israk Mikraj PSSCM 2017


Sabtu, 22 April 2017: PSSCM Putrajaya menghadiri Sambutan Israk Mikraj, Majlis Makan Malam dan Mesyuarat Ahli PSSCM Ibu Pejabat@Dewan MPH, Menara TM. Lebih 500 ahli PSSCM Lembah Kelang dan IPT menghadiri program-program ini.


Program tahunan ini dimulakan dengan forum Israk Mikraj agama yang disampaikan oleh tokoh-tokoh PSSCM sendiri dari PSSCM Negeri Sembilan, Pahang dan ibu Pejabat yang dihadiri ahli-ahli PSSCM Lembah Kelang.


Krew Tim Protokol dan Istiadat dari PSSCM Putrajaya dan Sg Besi menjadi antara tulang belakang kejayaan program 



Majlis diteruskan dengan program makan malam yang diselang-selikan dengan persembahan kebudayaan, hiburan dan cabutan bertuah. Tahniah kepada Tim PSSCM Putrajaya kerana sokongan dan kerjasama menjayakan program ini. Tahun depan kita jumpa lagi.


PSSCM Putrajaya membentangkan kertas kerja @KOSSCEM 2017, USM


Sabtu, 22 April 2017 : Program Kolokium Seni Silat Cekak Malaysia (KOSSCEM) 2017@Usm Kampus Kejuruteraan Transkrian bertemakan "Kelestarian Ilmu Dalam Silat Cekak" ini dihadiri lebih 200 ahli PSSCM terutamanya para mahasiswa yang membentangkan 14 buah kertas kerja berkaitan Silat Cekak termasuk dari PSSCM Putrajaya. Tahun ini terdapatnya peningkatan dari segi jumlah kertas kerja berbanding tahun 2016.




2 orang ahli PSSCM Putrajaya telah membentangkan sebuah kertas kerja bertajuk: Sedekad Perkembangan Silat Cekak (1965-1975): Sumbangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Kepada Pembangunan Insan, Masyarakat dan Negara

Hasil-hasil kertas kerja dari KOSSCEM 2017 akan diterbitkan pada Ogos 2017 kelak setelah melalui proses penilaian dan cetakan serta bakal menjadi rujukan para ahli dan masyarakat yang ingin mengetahui PSSCM. 


Sempena Sambutan 21 Tahun PSSCM USM Kampus Kejuruteraan pada tahun 2018 akan datang, pihak sekretariat mengundang para mahasiswa dan ahli-ahli kelas latihan supaya bersedia dengan kertas kerja kolokium... 

Insya Allah PSSCM Putrajaya akan menghantar pembentang kertas kerja lagi. Ayuh kita realisasikan "Silat Cekak Silat Akademik".

Jumpa lagi tahun depan sempena Sambutan 21 Tahun PSSCM Kampus Kejuruteraan. 




Maklumat lanjut sila layari: http://www.eng.usm.my/index.php/ms/more-articles/361-persatuan-seni-silat-cekak-kampus-kejuruteraan-anjur-kosscem-2017

Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya @ 2017

Sesi Pembentangan Kertas Kerja Sijil Menengah Akademik PSSCM 2017



Sabtu, 22 April 2017: Tenaga Pengajar PSSCM Putrajaya turut terlibat di dalam pembentangan kertas kerja Sijil Menengah Akademik (SMA) PSSCM @ Psscm Kelas Shah Alam. Pembentangan kertas kerja ini merupakan salah satu dari syarat ujian teori bagi melayakkan calon-calon tenaga pengajar PSSCM menerima Sijil Menengah Akademik pada Majlis Konvokesyen PSSCM 2017 bulan Mei 2017 nanti.

Panel pemilai profesional dari PSSCM sedang memberi komen terhadap pembentangan kertas kerja calon SMA

Thursday 20 April 2017

Permulaan Program 1 Sekolah 1 Silat @ PSSCM SMK Putrajaya Presint 9(2)


Khamis, 20 April 2017...Syukur AlhamduLillah PSSCM secara rasminya telah memulakan kelas Seni Silat Cekak Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) dengan permulaan pendaftaran seramai 24 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2 sekolah berkenaan. Insya Allah bilangan penuntut Silat Cekak dijangka akan bertambah pada kelas minggu hadapan di samping kemasukan para pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 untuk menyertai PSSCM sekolah berkenaan tidak lama lagi di bawah kegiatan ko-kurikulum sekolah. 


Program ini turut dihadiri oleh Guru - Guru Penasihat Ko-Kurikulum PSSCM sekolah, Naib Presiden PESAKA Malaysia; Y.Bhg Datuk Paduka Rosman Mat Deli serta wakil-wakil PSSCM Putrajaya yang telah memberikan ucapan dan motivasi kepada para pelajar mengenai kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri.


Tahniah dan syabas kepada ahli-ahli baru PSSCM SMKPP9(2). Terima kasih juga kepada pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta PESAKA Malaysia yang memberi kepercayaan kepada PSSCM untuk mengembang dan mengajar Silat Cekak di sekolah ini. 

Sebahagian tenaga penggerak PSSCM SMKPP9(2)


Tuesday 18 April 2017

PSSCM Putrajaya menghadiri Mesyuarat YARM Putrajaya



Selasa, 18 April 2017....Wakil PSSCM Putrajaya menghadiri mesyuarat bersama AJK Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Putrajaya @Presint 9, Putrajaya WP yang dipengerusikan oleh Presiden YARM: YBhg Dato' Sri Hj. Zakaria Jaafar. Program kesukarelawan ini merupakan salah satu dari aktiviti PSSCM Putrajaya bersama Agensi, NGO dan komuniti Putrajaya. 12 orang ahli PSSCM Putrajaya dan Sg Besi juga merupakan ahli-ahli kepada YARM Putrajaya. 



Untuk mengetahui YARM sila layari;

Monday 17 April 2017

Kelas Latihan Silat Cekak Malaysia, Isnin 170417


Isnin, 17 04 17...Kelas Latihan Silat Cekak Malaysia. Jom kita sertai PSSCM@ Putrajaya. Untuk pengetahuan semua, PSSCM merupakan badan pendiri PESAKA Putrajaya sejak Februari 2015 dan bergerak di bawah Badan Kebajikan Penduduk Blok 4D Presint 9 dan kini mempunyai kelas latihan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 di bawah program 1 Sekolah 1 Silat anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan PESAKA Malaysia.



Sunday 16 April 2017

PSSCM Putrajaya menghadiri Kursus Kejurulatihan Program 1Sekolah 1Silat




Ahad, 16 April 2017...Sesi penutup Kursus Kejurulatihan Program 1Sekolah 1Silat anjuran PSSCM@ Bangunan Silat Cekak Malaysia, Jln Sentul telah disempurnakan oleh YMDGU. Turut hadir adalah wakil-wakil dari PESAKA Malaysia dan juga para tenaga pengajar PSSCM Lembah Kelang termasuk dari Putrajaya. 


Di dalam kursus 3 hari ini para ahli PSSCM telah diajar teknik, etika dan proses pembelajaran Silat berdasarkan silibus 1Sekolah 1Silat oleh para penceramah dari PSSCM dan juga PESAKA.


Tahniah diucapkan kepada para peserta. Semoga berjaya membangunkan seni silat Melayu.