Sunday 8 October 2023

Maksud Cekak dari sudut bahasa Melayu di nusantara

 


Cekak mempunyai pelbagai erti dan tafsiran tersendiri. Seni Silat Cekak Malaysia yang diasaskan oleh Ustaz Hanafi bin Ahmad pada 1965 telah merungkaikan serba sedikit maksud Cekak di dalam buku Suara Cekak Bilangan 1 pada tahun 1975 sempena Perayaan Sedekad PSSCM.

Kini maksud tersebut telah dirungkaikan secara ilmiah di dalam sebuah jurnal berwasit bertajuk; "Etimologi Cekak Dalam Rumpunan Bahasa dan Budaya Persilatan Melayu" yang diterbitkan di dalam Jurnal Dunia Pengurusan dengan ISN: 2682-8251 Vol.5, No. 3 halaman 1-14 tahun 2023.

Jurnal penuh boleh dirujuk; 

Janudin, S. (2023). Etimologi Cekak Dalam Rumpunan Bahasa dan Budaya Persilatan Melayu. Jurnal Dunia Pengurusan, 5(3), 1-14.

Atau sila layari;

https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/24211/13237

Disediakan oleh:

PSSCM Putrajaya@2023


Saturday 7 October 2023

Program PSSCM di Kompleks Sogo KL meriah


Kuala Lumpur, Sabtu, 7 Oktober 2023; PSSCM hari ini melakar sejarah apabila menganjurkan Program Semarak Budaya Silat Warisan Kita di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. 






Majlis yang diadakan bermula pada jam 12.00 tengahari hingga 5.00 petang dirasmikan oleh YMDGU dan telah dihadiri lebih 200 ahli PSSCM di Lembah Kelang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan sebagainya serta para pengunjung luar dan asing turut menyaksikan sambutan tersebut.


   

Di dalam program ini turut dijemput peserta dari persatuan wushyu dan silambam bagi meraikan kepelbagaian kaum dalam membentuk budaya seni beladiri sebagai warisan rakyat Malaysia. turut membuat persembahan adalah dari kalangan ahli PSSCM, demonstrasi parang lading, demonstrasi silat Cekak yang terdiri dari kumpulan berpakaian ala-ala tahun 70an, persembahan senanam Tabata oleh adik-adik kelas Tunas PSSCM, nyanyian busker dan sebagainya.

Turut diadakan pada program tersebut adalah pelancaran logo baharu PSSCM beserta sisipan poster artikel berkaitan logo dan parang lading PSSCM yang turut dimuatkan di dalam halaman 9 ruangan advertorial akhbar Sinar Harian bertartikh 7 Oktober 2023.

Artikel berinformasi tersebut menjadi bukti kewujudan PSSCM sebagai sebuah silat yang dinamik dan berinovasi. Sekaligus menunjukkan PSSCM adalah pemilik mutlak Seni Silat Cekak dan parang lading adalah senjata rasmi PSSCM yang telah diperlembagakan sejak tahun 1971. 

Klik Pautan;

https://www.sinarharian.com.my/article/283138/edisi/selangor-kl/silat-kini-tidak-dilihat-bermisai-tebal-memakai-tangkal

https://www.buletintv3.my/nasional/silat-cekak-semarakkan-perpaduan/

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/344200181387574

Artikel berkaitan logo dan parang lading PSSCM dalam Sinar Harian 7 Oktober 2023 hlm 9

Pembaharuan logo ini dengan bulatan warna kuning diraja melambangkan kedaulatan ilmu Seni Silat Cekak Malaysia setelah DYMM Sultan Kedah telah perkenan menjadi Penaung Seumur Hidup PSSCM. Ia juga sebagai manifestasi utama yang membuktikan kesanggupan PSSCM menghadapi cabaran masa kini.




Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM dan akhbar Sinar Harian.

Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya@2023