Monday 28 August 2017

Persembahan Silat Cekak Malaysia meriahkan Kembara Merdeka Negaraku @Putrajaya


Isnin, 28 Ogos 2017...Pihak PSSCM Putrajaya telah diundang untuk mengadakan persembahan seni silat bagi memeriahkan program Kembara Merdeka Negaraku 2017 anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Suria Mall, Putrajaya.


Program ini telah diadakan di Suria Mall, Presint 3 Putrajaya menghimpunkan lebih 100 orang tim Kembara Merdeka Negaraku telah dipersembahkan dengan seni silat tari dan Seni Silat Cekak Malaysia.


Program yang bertujuan menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan ke 60 ini merupakan medium terbaik menanamkan patriotisme di kalangan masyarakat ini turut merupakan peluang terbaik bagi PSSCM Putrajaya menonjolkan kebudayaan Melayu kepada para tetamu dan pengunjung.


Meskipun sibuk dengan pelbagai aktiviti kesukrelawan untuk Sukan SEA KL2017, namun PSSCM Putrajaya tetap memberikan sokongan kepada aktiviti berbentuk patriotisme ini. Teima kasih kepada para sukarelawan PSSCM yang mengorbankan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini. 


Terima kasih pihak Suria Mall Putrajaya dan Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana memberikan peluang kepada kami melakukan persembahan demonstrasi silat ini.

Foto-foto menarik...




















Terima kasih kepada Sekretariat KMN 2018 kerana mengundang PSSCM Putrajaya memeriahkan acara ini.

Lihat juga; https://udabayas.com/video-hari-terakhir-kmn-2017-silat-warisan-negara-bangkitkan-semangat-peserta/ 

Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya@2017

Sunday 27 August 2017

PSSCM Putrajaya menghadiri Majlis Tahlil Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad


Ahad, 27 Ogos 2017...Wakil-wakil PSSCM Putrajaya turut terlibat menjayakan Program Tahlil Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Haji Ahmad, Pengasas, Guru Utama dan Presiden PSSCM yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 1986 yang lalu.


Majlis ini diadakan di Surau Sekolah Menengah Setia Budi, Gombak telah dihadiri lebih 100 orang ahli PSSCM Lembah Kelang dan Selangor termasuk 10 orang Ahli dan Tenaga Pengajar PSSCM Putrajaya. 


Aktiviti tahunan ini diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan Almarhum yang telah berjuang memimpin umat Melayu - Islam khususnya ahli-ahli Silat Cekak untuk mempelajari seni silat sebagai wadah penyatuan bangsa dan agama yang membawa kepada kesejahteraan negara ini.



Di dalam ucapan YM Datuk Guru Utama menegaskan pengorbanan Almarhum telah menampakkan hasilnya kini apabila ilmu Seni Silat Cekak Malaysia semakin diterima oleh masyarakat dan kepimpinan negara. Buktinya silat telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari kerajaan seperti Benteng Pertahanan Ketiga Negara dan Seni Beladiri Rasmi Negara


Bahkan Seni Silat Cekak Malaysia turut dikenali sebagai Silat Akademik kerana banyak kajian ilmiah dihasilkan bagi menjayakan aspirasi Almarhum. Justeru pengiktirafan tersebut perlu disyukuri dan diteruskan oleh ahli-ahli PSSCM.


Bersesuaian dengan semangat Sukan SEA 2017, PSSCM turut memberikan sokongan padu kepada kontigen pesilat negara yang bertanding bagi memastikan pasukan silat mencapai kejayaan dalam memperolehi sasaran pingat. 


Terima kasih kepada ahli-ahli PSSCM yang hadir. Meskipun sibuk dan bercuti di hujung minggu namun tetap bersemangat menghadiri majlis ini. Program ini turut akan diadakan di cawangan PSSCM seluruh negara  pada 28 Ogos 2017. 

Foto-foto menarik;







Berita oleh: Media PSSCM Putrajaya 27 Ogos 2017  






Saturday 26 August 2017

Santai keluarga Cekak Putrajaya @Sungai Congkak, Hulu Langat...enjoy best giler!!!


Sabtu, 26 Ogos 2017...Program santai minda famili Cekak Putrajaya bermandi manda bersukaria di Sungai CongkakHulu Langat


Perjalanan kami dari Putrajaya hanya mengambil masa 1 jam 30 minit menyusuri jalan bandar dan jalan kampung yang cukup mendamaikan...  



Destinasi percutian seterusnya?...Janda Baik kot...so sapa nak joint kita santai-santai saja bersama keluarga, lupakan kesibukan kerja...tak perlu buat kertas kerja dan protokol bagai...ada peluang tergerak hati pergi jer... 

Cekak bukan sekadar bersilat saja...




Thursday 24 August 2017

Demo Persembahan PSSCM @Sukan SEA KL2017 hebat!


Kongsi foto: Khamis, 24 Ogos 2017...Demonstrasi dan Penerangan Seni Silat Cekak Malaysia semasa majlis Perasmian Kejohanan Seni Silat Sukan SEA GAME 2017 #KL2017. Tahniah dan syabas PSSCM yang tampil penuh gaya bak panglima Melayu.









AlhamduLillah setelah beberapa hari berlatih tanpa kenal lelah dan jemu akhirnya PSSCM telah menunjukkan persembahan yang mantap semasa upacara pembukaan tadi.

Tim PSSCM ini terdiri dari kalangan gabungan ahli-ahli PSSCM Ibu Pejabat, Selangor dan sekitarnya termasuk dari Kelas Latihan Putrajaya. 

Delegasi PSSCM bersama Pak Eddy Probowo; Presiden Persekutuan Silat Antarabangsa (PESILAT) dan Presiden PESAKA; Tan Sri Mohd Ali Rostam












Kredit foto: Anuaslyng & Jabatan Penerangan PSSCM.


Untuk mengetahui berkaitan Silat @SEA GAMES 2017, klik