Wednesday 28 September 2016

Persediaan Krew Protokol dan Istiadat PSSCM


Rabu, 28 September 2016... Krew protokol dan istiadat gabungan Kelas Latihan PSSCM lembah Klang dan Selangor sedang menjalani raptai latihan untuk event Majlis Penganugerahan Pingat Tertinggi Silat Cekak sempena Perayaan Jubli Emas PSSCM 50 tahun pada Sabtu, 1hb Oktober ini. Nantikan kemunculannya...

Sunday 25 September 2016

Walimatul Urus Perkahwinan Ahli PSSCM Putrajaya


Ahad, 25 September 2016: Famili PSSCM KL Putrajaya meraikan kegembiraan bersama Raja Sehari MG Riduan dan Rosnawati@Sg Tangkas, Bangi. Lengkap berbusana dan bersilat tari lambang jati diri memelihara budaya bangsa.Tahniah dan syabas...

Friday 23 September 2016

Program santai bermain badminton PSSCM


Jumaat 23 Sept 2016...Santai-santai main badminton ahli-ahli PSSCM KL Putrajaya@Presint 5. Sambil bersukan kita merapatkan ukhwah dan menyihatkan badan...tiada protokol ceria selalu...

Tim wanita PSSCM Putrajaya

Abam-abam sado main badminton...

Sunday 18 September 2016

Pertandingan Bowling Persahabatan Antara Krew Istiadat dan Protokol PSSCM 2016




Ahad 18 Sept.2016: Pertandingan Bowling Krew Istiadat dan Protokol PSSCM Kelas Ibu Pejabat. 9 buah team menyertai pertandingan ini dengan lebih 70 orang ahli keluarga PSSCM terlibat@ Bowling Arena Alamanda, Putrajaya. Program Team Building ini berjaya menyatukan ahli PSSCM melalui aktiviti kesukanan...Syabas semua!!!




Friday 16 September 2016

Selamat Hari Malaysia 2016 dari PSSCM Putrajaya


Jumaat, 16 September 2016...Selamat Hari Malaysia kepada seluruh ahli PSSCM amnya dan rakyat Malaysia di seluruh negara...#SehatiSejiwa


Monday 12 September 2016

Program Qurban sempena Aidil Adha 2016


Isnin, 12 September 2016 ... Salam Aidil Adha ...program takbir dan korban PSSCM Ibu Pejabat turut dihadiri wakil PSSCM Putrajaya. Progra gotong-royong qurban dan jamuan dilakukan oleh ahli-ahli sukarelawan PSSCM. Turut hadir ahli PSSCM; Chef Fikri yang glamour.





Friday 9 September 2016

Program Santai Rekreasi PSSCM Putrajaya-Sg Besi


Jumaat 9 Sept. 2016: Program santai PSSCM KL Putrajaya & Sg Besi bermain badminton@Presint 5 Putrajaya. Bersilat...Bersukan...Berekreasi merapatkan ukhwah.