Wednesday 22 May 2019

PSSCM Putrajaya@ Program Nuzul Al Quran PSSCM Lembah Kelang



Rabu, 22 Mei 2019: GOMBAK: PSSCM Lembah Kelang berjaya melaksanakan program Nuzul Quran 2019 dengan kehadiran peserta melebihi 200 orang di Surau Sekolah Menengah Setia Budi, Gombak . Seramai 9 orang ahli PSSCM Putrajaya turut menghadiri majlis ini.

Majlis dimulakan dengan sesi Tadarus dan khatam Al Quran. Selesai berbuka puasa program diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan tarawih. Ceramah Nuzul Quran turut disampaikan oleh Ustaz Rusli bin Jamaudin; Mudir Madrasah Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah, Merbok Kedah.











Kredit Foto: Jabatan Penerangan PSSCM

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2019

Salam Takziah dari PSSCM


Sunday 12 May 2019

PSSCM Putrajaya @ Majlis Iftar BAKEP Blok 4D Presint 9 Putrajaya



Ahad, 12 Mei 2019: Wakil PSSCM Putrajaya telah diundang menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Badan Kebajikan Penduduk (BAKEP) Blok 4D, Presint 9, Putrajaya.

Majlis ini merupakan acara tahunan BAKEP setiap kali bulan Ramadhan bagi mengeratkan silaturahim antara penduduk. PSSCM turut dijemput sebagai salah sebuah badan sukan dan rekreasi bagi BAKEP.   





Terima kasih kepada Jawatankuasa BAKEP Blok 4D kerana mengundang PSSCM Putrajaya ke majlis iftar ini.
Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @  2019.

Saturday 4 May 2019

KOSSCEM USM 2019


Sabtu, 4 Mei 2019: Program Tahunan Kolokium Seni Silat Cekak Malaysia (KOSSCEM) 2019 telah diadakan di USM Kampus Kejuruteraan (KKj) dengan tema; Memperkasakan Penyelidikan Sejarah, Warisan dan Budaya

Program KOSSCEM ini masuk ke siri ke 7 sejak ia mula diadakan pada tahun 2013 lalu. Ia bermatlamatkan untuk memenuhi kredit akademik ko-kurikulum Seni Silat Cekak Malaysia di Universiti Sains Malaysia (USM) selain memperbanyakkan kajian ilmiah mengenai Silat Cekak sesuai dengan motto Silat Cekak Silat Akademik. 

 

Seramai lebih 120 orang peserta telah menyertai program ini dengan sebanyak 6 buah kertas kerja telah dibentangkan oleh para mahasiswa Ko-Kurikulum PSSCM USM KKj.

Antara kertas kerja yang dibentangkan adalah;

  1. Keunikan dari Segi Kestabilan Dalam Teknik Sepakan Semasa Pelaksanaan Buah Asas Kuntau Kiri Gantung
  2. Seni Silat Cekak Malaysia (SSCM) Melahirkan Insan Yang Bertanggungjawab, Amanah dan Integriti; Kajian Kes Seni Silat Cekak Malaysia,
  3. Konsep Tawassul Dalam Seni Silat Cekak Malaysia (SSCM)
  4. Ahli Wanita menjaga Kelestarian Perjuangan PSSCM di Negeri Pulau Pinang: Kajian Kes PSSCM Cawangan Pulau Pinang dan PSSCM Cawangan Seberang Perai
  5. Menangkis Persepsi Negatif Terhadap Seni Silat Cekak Malaysia Bebas dari Unsur Tahayul dan Khurafat
  6. Perbezaan Tenaga Momentum Dihasilkan Antara Merempuh dengan Tidak Merempuh dalam Buah Seni Silat Cekak Malaysia


Ucaptama KOSSCEM telah disampaikan oleh Y.Brs Saudara Shukri bin Janudin; Penasihat PSSCM Kelas Latihan Putrajaya yang bertajuk; Membudayakan Penyelidikan Sejarah Silat Cekak: Warisan Bersanad, Budaya Bernasab. 

Dalam ucaptamanya beliau turut menceritakan serba sedikit hasil penyelidikan dan penulisan beliau mengenai asal-usul serta perjalanan sejarah Panglima Ismail bin Long dan Panglima Tok Rashid bin Awang Lahat sebagai di antara pewaris awal Silat Cekak serta perkaitannya dengan sejarah negeri Kedah Darul Aman.


Majlis penutup telah dirasmikan oleh Y. Bhg Dr Abdul Majid Ismail; Naib Presiden 1 PSSCM yang telah menekankan pentingnya penyelidikan pelbagai cabang ilmu dalam Silat Cekak bagi merealisasikan amanat pengasas PSSCM; Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad serta guru-guru PSSCM. Ini bagi memastikan bahawa ilmu Silat Cekak mempunyai serta mengikut sanad dan nasabnya yang jelas dan sahih.  

Program berakhir jam 1.30 tengahari


















Tahniah kepada PSSCM KKj yang berjaya menganjurkan program keilmuan ini. Jumpa lagi tahun depan dan Salam Ramadhan.
Disediakan oleh 

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2019