Sunday 29 October 2017

Team Putrajaya Menghadiri Kursus Fotografi Anjuran Webteam PSSCMUIAM



Ahad, 29 Oktober 2017...Tim Putrajaya telah menghadiri Kursus Fotografi anjuran Unit Webteam PSSCMUIAM Gombak yang menggabungkan jawatankuasa di kalangan pelajar dan alumni PSSCMUIAM.


Majlis dihadiri lebih dari 30 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli kelas latihan Putrajaya dan PSSCMUIAM serta Alumni PSSCMUIAM.


Majlis dimulakan dengan sesi kelas teori oleh tutor pada sebelah pagi, Encik Shahifulazmi Bin Adnan, Penolong Pengurus Telekom Malaysia (TM) yang juga merupakan Alumni PSSCMUIAM dan Ahli Kelas Latihan PSSCM TM. Majlis diteruskan dengan sesi praktikal di dalam dan luar kelas, diikuti tayangan video-video montaj berkaitan program.


Pada sebelah petang, majlis diteruskan lagi dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Encik Mohd Fuad Bin Arshad, Ahli Jawatankuasa Pusat merangkap Penyelia Kelas Latihan PSSCMUIAM.


Program ini juga telah memberikan hadiah kepada pemenang-pemenang #spb2contest sempena Seminar Pemantapan Budi 2 pada 30 September lalu yang turut dimenangi oleh Tim Media PSSCM Putrajaya yang turut mendapat tempat ke tiga dan ke dua pemenang foto terbaik Kursus Fotografi hari ini.


Semoga segala ilmu yang disampaikan bermanfaat untuk perkembangan PSSCM. 


Sesungguhnya Silat Cekak bukan sekadar silat tetapi turut membangunkan kemahiran insaniah yang berguna kepada pembangunan potensi penuntutnya.

Foto-foto menarik;





















Sunday 22 October 2017

Perasmian Pusat Latihan PSSCM Wangsa Maju, Kuala Lumpur


Ahad, 22 Oktober 2017...Hari ini PSSCM mencipta sejarah dengan perasmian Pusat Latihan PSSCM Wangsa Maju yang dibuka di Dewan KRT Setapak Indah Fasa 1. Perasmian  dilaksanakan oleh YMDGU dan Datuk Seri Dr Hj Mohd Shafie bin Abdullah: Pengerusi UDA Holdings Bhd. 



Perasmian ini disusuli dengan pertunjukkan demonstrasi dan pameran oleh Jabatan Penerangan PSSCM dengan kerjasama ahli-ahli kelas-kelas latihan Lembah Kelang termasuk Putrajaya. Pusat Latihan Wangsa Maju ini merupakan kelas PSSCM ke 127 dan yang ke 33 di bawah pentadbiran dan pengurusan PSSCM Ibu Pejabat. 



PSSCM Wangsa Maju kini sedang giat menjalankan sesi pengambilan ahli baru di kalangan komuniti KRT setempat dan berdekatan yang ingin mempelajari ilmu Seni Silat Cekak Malaysia. KRT Wangsa Maju ini merupakan sebuah persatuan komuniti di bawah penyeliaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri (JPM). 



Kini terdapat sebanyak 33 buah kelas PSSCM di Lembah Kelang dan Negeri di bawah penyeliaan Ibu Pejabat PSSCM. Antaranya; 

1.Kelas Latihan Bangunan Silat Cekak, Sentul
2.Kelas Latihan Lembah Keramat
3.Kelas Latihan Sungai Besi
4.Kelas Latihan Putrajaya, Presint 9
5.Kelas Latihan Cheras
6.Kelas Latihan Saujana Utama
7.Kelas Latihan Shah Alam
8.Kelas Latihan Telekom Malaysia
9.Kelas Latihan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
10.Kelas Latihan Sekolah Menengah Setiabudi
11.Kelas Latihan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2)
12.Kelas Latihan UIAM Kampus Gombak
13.Kelas Latihan UIAM Kampus Petaling Jaya
14.Kelas Latihan Universiti Malaya (UM)
15.Kelas Latihan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
16.Kelas Latihan Universiti Putra Malaysia (UPM)
17.Kelas Latihan UniKL British Malaysia Institute (BMI)
18.Kelas Latihan UniKl Malaysia France Institute (MFI)
19.Kelas Latihan UniKL Malaysia Institute of Aviation Technology (MIAT)
20.Kelas Latihan UiTM Kampus Induk Shah Alam
21.Kelas Latihan UiTM Kampus Puncak Perdana
22.Kelas Latihan UiTM Puncak Alam
23.Kelas Latihan UiTM Kampus INTEC
24.Kelas Latihan UNISEL Kampus Shah Alam
25.Kelas Latihan UNISEL Kampus Bestari Jaya
26.Kelas Latihan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
27.Kelas Latihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
28.Kelas Latihan Institut Profesional Baitulmal (IPB)
29.Kelas Latihan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
30.Kelas Latihan Universiti Sains Islam Antarabangsa
31.Kelas Latihan Multimedia University (MMU)
32.Kelas Latihan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

AlhamduliLlah dengan pembukaan PSSCM di Wangsa Maju sebagai kelas ke 33 membuktikan PSSCM telah maju setapak lagi berkembang di Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan. 

Pameran mini PSSCM turut diadakan di Dewan KRT Setapak Indah Fasa 1

Upacara perasmian dan peletakan papan tanda kelas latihan PSSCM Wangsa Maju disempurnakan oleh YMDGU disaksikan oleh ahli-ahli PSSCM dan KRT 

Sesi penerangan dan pertunjukkan demonstrasi Silat Cekak oleh ahli-ahli PSSCM Ibu Pejabat sempena Kursus Pemantapan Transformasi dan Organisasi anjuran KRT Setapak Indah Fasa 1



Foto bersama PSSCM dan KRT ...satu kejayaan program kerjasama komuniti antara NGO's di bawah konsep National Blue Ocean Strategy (NBOS) 


Jadi sesiapa nak belajar Silat Cekak atau nak sambung belajar dan aktif di kelas-kelas Ibu Pejabat boleh sertainya di kelas-kelas berdekatan. Apalagi ...Jom jangan tunggu lagi moh kita belajar Seni Silat Cekak Malaysia. Best!!!

Berita PSSCM Putrajaya, 2017. Sumbangan foto dari Jabatan Penerangan PSSCM 

Saturday 14 October 2017

Sejarah tercipta @Wacana Seni Silat Melayu ATMA, UKM - PSSCM 2017.


Sabtu, 14 Oktober 2017. Tim PSSCM Putrajaya telah menghadiri Wacana Seni Silat Melayu anjuran bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan PSSCM yang dirasmikan oleh TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Prof. Dato' Noor Aziah Mohd Awal. 


Prof. Dato' Noor Aziah di dalam ucaptamanya telah memuji pendekatan PSSCM yang telah membawa satu perubahan ke alam dunia persilatan Melayu dengan mengetengahkan nilai-nilai ilmiah yang digabungkan dengan budaya persilatan. Ini merupakan satu perubahan yang akan mengangkat martabat bangsa dan negara. 

Menurut beliau lagi, pendekatan ini juga satu usaha yang dapat mengharumkan nama UKM apabila universiti ini akan menjadi rujukan kepada para penyelidik dari dalam dan luar negara yang ingin membuat kajian berkaitan ilmu-ilmu silat Melayu.



Penyampaian cenderahati oleh PSSCM kepada Prof Dato' Noor Aziah disaksikan oleh Pengarah ATMA; Prof Supyan Hussin 

Acara yang julung-julung kali diadakan ini merupakan satu lagi manifestasi kejayaan impian Pengasas PSSCM; YM Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad untuk merealisasikan impian Silat Cekak Silat Akademik.

Majlis dimulakan dengan lantunan Selawat Badriyah yang menjadi tradisi PSSCM

Ahli-ahli PSSCM khusyuk mendengar ucapan dari para panelis wacana

Di dalam Wacana hari ini YM Datuk Guru Utama PSSCM telah melahirkan kesyukurannya kerana setelah 52 tahun PSSCM telah melahirkan ramai cendekiawan dan tokoh yang terbabit dalam penulisan dan penyelidikan pelbagai bidang serta disiplin ilmu yang telah memperkayakan penulisan ilmiah berkaitan Silat Cekak.  

Antara barisan penggerak PSSCM di kelas-kelas IPT seluruh negara

Pertunjukkan seni silat oleh PSSCM 

Majlis Memorandum Persefahaman UKM dan PSSCM 

Program yang dihadiri lebih 800 orang ahli PSSCM seluruh negara hari ini juga mencipta sejarah apabila termenterainya Memorandum Persefahaman (MOU) antara ATMA dan PSSCM untuk membantu memperbanyakkan lagi kajian ilmiah yang akan disimpan di dalam Portal Pengajian Alam untuk tujuan rujukan dan aktiviti penyelidikan sebagaimana yang digariskan di dalam perancangan strategi ATMA yang beriltizam menjadi pusat rujukan tersohor di dalam pengajian Alam Melayu di dunia ini.

Pengarah ATMA; Prof. Dr. Supyan Haji Hussin di dalam ucaptamanya turut memuji PSSCM kerana begitu konsisten membangunkan nilai-nilai ilmiah di dalam Seni Silat Cekak Malaysia yang turut membantu memperkasakan modal insan di kalangan orang-orang Melayu di negara ini.  

Selain itu, Jurnal Silat Cekak Silat Akademik Jilid ke 2 turut dilancarkan, diikuti penyampaian cenderamata kepada para penulisnya.


Antara barisan para Penyelidik Sijil Menengah Akademik (SMA) Siri 3 


Di sebelah petangnya pula seramai 145 orang calon Sijil Menengah Akademik PSSCM Siri 3 yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan akan membentangkan kertas cadangan mereka untuk menjalankan kajian berkaitan Silat Cekak. Kajian-kajian tersebut nanti akan diletakkan di Arkib ATMA UKM.
Lain-lain foto menarik;


Antara barisan kepimpinan dan penggerak PSSCM Putrajaya 









Acara demonstrasi Silat Cekak Malaysia yang memukau hadirin






Disediakan oleh:

Unit Media PSSCM Putrajaya@2017