Saturday, 11 November 2017

PSSCM Putrajaya Berjaya Menempa Kejayaan di Kejohanan Wajadiri (KWD 8)


11 November 2017Pulau Pinang: Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Kelas Latihan Putrajaya telah menempa kejayaan di Kejohanan Wajadiri Kebangsaan (KWD) ke 8 apabila memenangi pingat Gangsa bagi dua kategori utama pertandingan iaitu kategori satu; Senaman Asas Silat Cekak dan kategori Dua; Tempur Berpasangan. 



Team PSSCM Putrajaya telah diwakili oleh 11 orang peserta termasuk seorang Pengurus Pasukan yang kebanyakannya terdiri di kalangan para penjawat awam yang bekerja dan bermastautin di Putrajaya.


Kejohanan KWD kali ke 8 ini telah diadakan di Dewan Besar UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh pada Sabtu 11 November 2017 telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar; Y.Brs Dr. Baderisang bin Mohamed. 

Dr. Baderisang di dalam ucapan perasmiannya telah memuji PSSCM yang berjaya menganjurkan kejohanan tahunan ini meskipun berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Beliau turut memuji PSSCM kerana penganjuran ini telah berjaya memberikan pelbagai ilmu dan kemahiran yang amat-amat diperlukan oleh generasi belia terutamanya para mahasiswa IPT.


Program ini berjaya menarik penyertaan lebih dari 1,500 orang peserta dengan 49 buah pasukan dari 34 buah pasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta 12 buah pasukan jemputan dari Negeri-Negeri yang bertanding.   


Kejayaan PSSCM Putrajaya pada kejohanan ini merupakan kemenangan kali kedua berturut-turut. Pada kejohanan yang sama pada tahun lepas yang diadakan di UiTM Jengka Pahang, PSSCM Putrajaya berjaya menjuarai pingat emas bagi kategori ketiga iaitu kategori Serangan Umum. 


Meskipun tidak berjaya merangkul pingat emas kali ini, PSSCM Putrajaya tetap berbangga kerana berjaya mengharumkan nama Putrajaya kerana yang lebih penting adalah semangat kesukanan dan kesukarelawan yang berjaya dizahirkan melalui penyertaan ahli-ahlinya yang sentiasa bersemangat sesuai dengan motto persatuan “Bersama dan Bersatu”.

Di akhir program ini, YM Datuk Guru Utama dan Presiden telah mengumumkan  pada tahun depan UniSel Kampus Bestari Jaya, Selangor terpilih sebagai Tuan Rumah bagi KWD ke 9. 

KEPUTUSAN PENUH KWD 8,
Jemputan K1:
1. Pahang
2. Seberang Perai
3. Putrajaya
4. Terengganu
5. Johor
Jemputan K2:
1. Pahang
2. Melaka
3. Putrajaya
4. Seberang Perai
5. Terengganu
Jemputan K3:
1. Melaka
2. Terengganu
3. Negeri Sembilan
4. Perak
5. Pahang
Jemputan K4:
1. Melaka
2. Negeri Sembilan
3. Selangor
4. Perak
5. Pahang
IPT K1 Puteri:
1. UIA Kuantan
2. UnisZa
3. UiTM Puncak Perdana
4. UMK
5. USM -K.Kesihatan
IPT K2 Puteri:
1. UIA Gombak
2. UnisZa
3. UIA Kuantan
4. USM K.Kesihatan
5. UiTM Puncak Perdana
IPT K3 Puteri:
1.
2. Kolej Antarabangsa Unifield
3. Unisel BJ
4. UnisZa
5. UKM
IPT K4 Puteri:
1. USM K.Kesihatan
2. Kolej Antarabangsa Unfield
3. Unisel BJ
4. UMK
5. UniMap
IPT K1 Putera:
1. Unisel Shah Alam
2. UIA Gombak
3. Unisel BJ
4. USM Induk
5. UiTM Puncak Alam
IPT K2 Putera:
1. UIA Gombak
2. Unisel BJ
3. Unisel Shah Alam
4. UiTM Puncak Alam
5. USAS
IPT K3 Putera:
1. UMK
2. UIA Gombak
3. UiTM Puncak Alam
4. UiTM P.Pinang
5. Unisel Shah Alam
IPT K4 Putera:
1. UMK
2. Kolej Tentera Udara
3. UniKL BMI
4. UIA Gombak
5. UiTM P.Pinang
Juara Keseluruhan Jemputan:
1. Melaka
2. Pahang
3. Negeri Sembilan
Juara Keseluruhan Puteri:
1. USM K.Kesihatan (Piala Pusingan)
2. UIA Kuantan
3. UIA Gombak
Juara Keseluruhan Putera:
1. UMK
2. UIA Gombak
3. Unisel Shah Alam
Anugerah Pasukan Harapan:

Puteri: Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Putera: UnisZa

Anugerah Khas Juri

UiTM P.Pinang

Disediakan oleh: Unit Media PSSCM Putrajaya

Foto-foto menarik..





























Latihan pra kejohanan...








Disediakan oleh:

Unit Media PSSCM Putrajaya @2017


No comments:

Post a Comment