Ahad, 19 November 2017...Kembara santai PSSCM Putrajaya diteruskan dengan program bermandi-manda di Sungai Kuala Wok, Tapah Perak. Air sungai yang mengalir jernih dan segar dari kaki Gunung Brincang dan Tanah Rata, Cameron Highland ini amat menyejukkan.
Terasa begitu tenang dan santai bersama keluarga serta rakan-rakan seperjuangan. Sememangnya aktiviti riadah sebegini dapat merapatkan hubungan kekeluargaan PSSCM Putrajaya dan membuktikan bahawa Silat Cekak tidak sekadar bersilat semata-mata.
Rama-rama spesis King Rajah pun banyak di beting-beting pasir di sungai ini. |
Banyak aktiviti dan program boleh dilakukan asalkan ada kemahuan... hendak atau tak hendak buat asalkan ianya tidak lari dari matlamat PSSCM iaitu Bersama dan Bersatu.
So memang best tempat ni kalau adakan aktiviti BBQ, camping, memancing selain mandi sungai bersama keluarga dan sahabat handai...tak rugi beb. Apalagi mai ler ke Hutan Lipur Kuala Wok, Tapah ni...tak rugi!!!
Lepas mandi jangan lupa pekena sup ekor, sup perut dan sup kikil serta ABC Durian yang cukup power mabeles di Restauran Erinas, Kpg Pahang, Tapah
Disediakan oleh: Media PSSCM Putrajaya.