Ahad. 12.11.2017...Taiping: hari ni Tim KWD8 PSSCM Putrajaya bersama keluarga dan Naib Presiden 2 PSSCM merangkap Ketua Pengurusan Kelas Ibu Pejabat enjoy sakan mandi sungai dan makan durian di Lata Bukit Jana Kamunting dan kampung Perak, Anak Kurau di Batu Kurau, Perak.
Syukur usaha kami dalam KWD8 berbaloi juga meskipun hanya mendapat pingat Gangsa bagi dua kategori namun yang lebih penting adalah keikhlasan dalam pengorbanan, semangat kesetiaan, ukhwah persaudaraan dan saling menghormati antara satu sama lain. Itu asuhan yang dididik di dalam Silat Cekak. Tanpa penajaan dari mana-mana pihak, hanya bergantung dari wang saku ahli-ahli PSSCM Putrajaya kami berjaya juga di dalam misi kembara KWD di Pulau Pinang dan Perak tahun ini.
Jadi untuk melepaskan kelelahan KWD8, kami enjoy tenangkan jiwa dan minda di Kamunting, Taiping. AlhamduLillah dengan homestay yang serba lengkap dan selesa di Taman Jana Impian, kami teruskan aktiviti berendam di Lata Bukit Jana...fuh sejuk dan nyaman sekali.
Sambil makan durian kita bergembira dan bersyukur...tapi misi kami belum selesai. Kembara diteruskan ke Kampung Perak, Anak Kurau di Batu Kurau untuk mencari durian dan buah-buah kampung. Syukur harga durian dan buah-buahan masih murah ...apalagi serbu!!!
Kami pulang ke Putrajaya dengan membawa kenangan manis mencipta kejayaan dan enjoy mengembara demi memartabatkan PSSCM.
Foto-foto menarik;
No comments:
Post a Comment