PSSCM Putrajaya merupakan sebuah badan NGO dan pertubuhan komuniti yang bergiat aktif di Putrajaya dalam membangunkan seni persilatan Melayu. Persatuan silat ini merupakan salah sebuah badan pendiri utama kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Malaysia dan Putrajaya.
PSSCM turut terlibat di dalam penubuhan PESAKA Putrajaya pada 22 Februari 2015 yang diadakan di Dewan Auditorium Komuniti Presint 16, Putrajaya serta dirasmikan oleh YB Datuk Wira Ali bin Rostam.
Majlis pelancaran ini telah dihadiri kira-kira 250 ahli gabungan PESAKA Malaysia yang terdiri dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) , Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) dan Pertubuhan Seni Gayong Fatani Malaysia (PSGFM) serta badan-badan silat yang lain.
Sebagai badan pendiri PESAKA Putrajaya, PSSCM terlibat aktif dalam membangunkan kegiatan seni silat dengan turut menjadi pelaksana utama Program 1 Sekolah 1 Silat (1S1S) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
PSSCM mula bertapak di Putrajaya pada 15 Januari 2011 dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) di bawah Program 1S1S pada 11 April 2017.
Maklumat lanjut sila layari: https://sites.google.com/site/pesakaputrajaya2013/