Monday, 8 May 2017

Wakil PSSCM Putrajaya harumkan nama Silat Cekak@ICLK 2017, Johor Bharu


Isnin, 8 Mei 2017... Johor Bharu, PSSCM telah menghantar 4 orang pembentang kertas kerja di 7th International Conference On Local Knowledge (ICLK) 2017@ The Puteri Pacific Johor Bahru. Sebanyak 3 kertas kerja berkaitan PSSCM melibatkan aspek keselamatan negara, pendidikan dan keagamaan dibentangkan bersama-sama lebih 50 kertas kerja dari pelbagai institusi pendidikan, budaya dan agensi kerajaan.

1. Tuan Shukri Janudin 
2. Ustaz Miqdad Aswad
3. Prof Ar. Dr. Hj Abdul Majid Ismail 
4. Dr. Safiah Ahmad.

Tuan Shukri Janudin  telah berjaya menjadi pembentang terbaik di dalam kumpulan Nilam iaitu salah satu dari 9 kumpulan pembentang.
Kertas-kertas kerja yg dibentangkan di dalam ICLK 2017 tersebut ialah:
1. Kedinamikan Peranan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Mendaulatkan Institusi Raja Berperlembagaan Ke Arah Keselamatan Negara (Shukri J. dan Dr. Mastor S.)
2. Ilmu Bela Diri Merentasi Pengajaran dan Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) (Dr. Safiah & Prof. Dr. AR.Hj. Ab Majid I. Dr.Abdul Hafiz A. M. Mohd Miqdad Aswad A.)
3. Nilai Seni Dalam Silat Tempur: Rujukan Kes Seni Silat Cekak Malaysia (Prof AR Dr. Hj Abd Majid & Dr. Safiah Ahmad.)




Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya @2017