Wednesday, 24 May 2017

PSSCM Putrajaya: Silat @Dialog #TN50: "Putrajaya Masa Depan Negara"


Rabu, 24 Mei 2017...PUTRAJAYA: Seramai 11 orang wakil PSSCM Putrajaya telah hadir ke Program Dialog TN50 bertemakan "Putrajaya Masa Depan Negara" yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Wilayah Persekutuan serta Ahli Parlimen Putrajaya. Lebih 500 orang tetamu yang kebanyakkannya terdiri dari para belia sekitar Putrajaya hadir ke program ini.



Program ini menampilkan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya sebagai penceramah utama dan YBhg Datuk Dr. Mohamed Fadzil Che Din; Timbalan Naib Canselor, UPNM sebagai moderator.

Program ini menjadi platform yang bertujuan mendapatkan pandangan, maklumbalas dan idea tentang aspirasi rakyat khususnya para belia mengenai masa depan pembangunan di Putrajaya ke arah menuju tahun 2050. 


Respon dari para peserta begitu menggalakan dengan pelbagai idea dan pandangan telah dilontarkan berkaitan soal pembangunan belia, kemudahan infrastruktur, kebajikan, alam sekitar, keselamatan dan sebagainya.  


Input-input yang diperolehi di dalam wacana ini akan diteliti dan digunakan oleh pihak kerajaan sebagai garis panduan di dalam membuat perancangan dan pembangunan di Putrajaya pada masa hadapan.


Kehadiran wakil PSSCM Putrajaya ke dalam program ini merupakan satu manifestasi sokongan PSSCM kepada proses pembangunan bandar dan masyarakat Putrajaya. 

Semoga menjelang 2050 Putrajaya akan menjadi sebuah bandar metropolitan yang mesra belia, budaya dan komuniti.








Ketahuilah apa itu Transformasi Nasional 2050 @ https://mytn50.com/

#putrajaya #silatcekak #respectmyPM #PESAKA #KJ 


Disediakan oleh;


Unit Media PSSCM Putrajaya @2017