Saturday, 20 May 2017

Majlis Konvokesyen PSSCM ke 34 berjaya dan hebat: Silat ke arah merealisasikan #TN50


Sabtu, 20 Mei 2017...Majlis Istiadat Konvokesyen PSSCM kali ke 34 telah berjalan dengan sempurna dan dihadiri lebih dari 1,300 orang ahli dan tetamu jemputan yang terdiri dari ibu bapa dan keluarga graduan-graduan penerima Sijil Rendah (SR) dan Sijil Menengah Akademik (SMA) PSSCM.


Program yang diadakan sempena Sambutan 52 tahun PSSCM ini menyaksikan seramai 539 orang graduan PSSCM telah menerima SR manakala 64 orang graduan PSSCM telah menerima SMA di dalam Konvokesyen PSSCM 2017.



Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Profesor Emiritus Dr. Kamaruddin Hussin; Penasihat Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia yang juga merupakan ahli PSSCM.  Beliau di dalam ucapannya berkata bahawa pencapaian dan kejayaan yang ditonjolkan di dalam ilmu Silat Cekak dan PSSCM adalah amat selari dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada masa kini di dalam membangunkan masyarakat dan negara.

Berita mengenainya boleh rujuk di;
http://english.astroawani.com/lifestyle/silat-promotes-sense-worth-line-tn50-143387   


Di dalam program ini PSSCM Putrajaya bersama tim Protokol dan Istiadat PSSCM yang lain telah ditugaskan sebagai Bentara-Bentara Majlis bagi memastikan kelancaran program.

Program Tahunan PSSCM pada kali ini telah mengambil tema "Budaya Silat Teras Transformasi Negara" sebagai tanda sokongan padu PSSCM terhadap proses transformasi yang dijalankan oleh pihak kerajaan ke arah membangunkan bangsa dan negara ini sesuai dengan wacana TN50 yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan pada masakini.

Program ini membuktikan bahawa PSSCM telah turut serta secara langsung di dalam proses pembangunan negara bangsa ini melalui program-program kebudayaan dan persilatan sebagai satu bentuk pengisian yang dapat memperkasakan jiwa para belia melalui budaya Melayu dan syiar Islam ke arah penyatuan ummah.

Inilah bentuk pembangunan modal insan yang dilakukan secara berterusan oleh PSSCM selama lebih dari 50 tahun sejak tahun 1965 hingga kini.  
  




Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya