Tuesday 11 April 2017

Sesi Penerangan dan Demonstrasi 1Sekolah 1Silat SMK Putrajaya Presint 9 (2)


Selasa, 11 April 2017...Sesi penerangan dan demonstrasi Seni Silat Cekak Malaysia di bawah Program 1 Sekolah 1 Silat telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2). Taklimat tersebut disampaikan oleh Jabatan Penerangan PSSCM serta Unit Multimedia dan Media Sosial PSSCM Putrajaya di hadapan lebih 200 pelajar Tingkatan 1 hingga 3 sekolah berkenaan. Antara yang menarik perhatian para pelajar adalah sketsa buli dan pertunjukkan multimedia.


Para pelajar sedang mendapatkan pamplet berkaitan PSSCM.

Sesi penerangan PSSCM 

Para pelajar fokus mendengar taklimat 

Antara gimik oleh 'samseng upahan'  lakonan ahli-ahli PSSCM Putrajaya


Gimik sketsa tersebut bagi menunjukkan aplikasi penggunaan Silat Cekak di dalam menghadapi situasi diserang oleh para pembuli atau penjahat.


Sketsa Demo Buli oleh Unit Persembahan dan Demonstrasi PSSCM Putrajaya berjaya menarik perhatian para pelajar


Sesi taklimat bercirikan 'townhall' dipraktikkan oleh PSSCM sebagai memenuhi transformasi penyampaian dan pengucapan awam



AlhamduLillah, SMK Putrajaya, Presint 9 (2) atau SMKPP9 (2) telah menerima Seni Silat Cekak Malaysia sebagai sebuah badan ko-kurikulum ke 10 sekolah berkenaan sejak 30 Mac 2017 di bawah Program 1 Sekolah 1 Silat anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan PESAKA Malaysia.





Penerimaan Seni Silat Cekak Malaysia sebagai badan ko-kurikulum ke 10 di SMKPP 9 (2) ini menunjukkan pihak sekolah memberikan kepercayaan yang baik kepada PSSCM untuk berkembang di sekolah bertaraf International Baccalaureate (IB) yang mementingkan kecemerlangan pelajar. 10 Teras kecemerlangan yang menjadi prinsip IB adalah amat selari dengan amalan, visi dan misi PSSCM. 

Tahniah dan syabas kepada pihak Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, PESAKA dan PSSCM.

Sila ikuti perkembangan PSSCM Putrajaya hanya di;
https://twitter.com/psscmputrajaya?lang=en