Sabtu, 22 April 2017 : Program Kolokium Seni Silat Cekak Malaysia (KOSSCEM) 2017@Usm Kampus Kejuruteraan Transkrian bertemakan "Kelestarian Ilmu Dalam Silat Cekak" ini dihadiri lebih 200 ahli PSSCM terutamanya para mahasiswa yang membentangkan 14 buah kertas kerja berkaitan Silat Cekak termasuk dari PSSCM Putrajaya. Tahun ini terdapatnya peningkatan dari segi jumlah kertas kerja berbanding tahun 2016.
2 orang ahli PSSCM Putrajaya telah membentangkan sebuah kertas kerja bertajuk: Sedekad Perkembangan Silat Cekak (1965-1975): Sumbangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Kepada Pembangunan Insan, Masyarakat dan Negara.
Hasil-hasil kertas kerja dari KOSSCEM 2017 akan diterbitkan pada Ogos 2017 kelak setelah melalui proses penilaian dan cetakan serta bakal menjadi rujukan para ahli dan masyarakat yang ingin mengetahui PSSCM.

Sempena Sambutan 21 Tahun PSSCM USM Kampus Kejuruteraan pada tahun 2018 akan datang, pihak sekretariat mengundang para mahasiswa dan ahli-ahli kelas latihan supaya bersedia dengan kertas kerja kolokium...
Insya Allah PSSCM Putrajaya akan menghantar pembentang kertas kerja lagi. Ayuh kita realisasikan "Silat Cekak Silat Akademik".
Jumpa lagi tahun depan sempena Sambutan 21 Tahun PSSCM Kampus Kejuruteraan.
Maklumat lanjut sila layari: http://www.eng.usm.my/index.php/ms/more-articles/361-persatuan-seni-silat-cekak-kampus-kejuruteraan-anjur-kosscem-2017
Disediakan oleh;
Unit Media PSSCM Putrajaya @ 2017