Selasa, 4 April 2017...Kelas Latihan Silat Cekak Malaysia terus meriah dengan sesi latihan ahli-ahli lama dan ahli-ahli baru PSSCM Putrajaya. Sekiranya berminat untuk mempelajari dan menjadi sebahagian dari keluarga besar PSSCM sila hadir berkunjung ke kelas latihan PSSCM Putrajaya...tak susah nak cari di Blok 4D Presint 9, Putrajaya.
Kelas ni ditubuhkan sejak Januari 2011 dan mendapat kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk (PERKEP) Blok 4D, Presint 9 Putrajaya. Bahkan PSSCM Putrajaya merupakan badan pendiri PESAKA Putrajaya yang ditubuhkan pada Februari 2015 lalu. PSSCM kini sudah 52 tahun wujud di negara kita dan merupakan badan pendiri kepada PESAKA Malaysia.
Banyak aktiviti berbentuk komuniti yang boleh anda sertai. Jom apa lagi selain dapat buat workout untuk kesihatan, kita akan dapat ramai kawan dari pelbagai latar belakang dan bergaul mesra macam adik beradik. Dengan ilmu silat ini kita dapat juga menjaga diri, keluarga, masyarakat dan negara jika diperlukan.
Ahli-ahli baru sedang berlatih buah Silat Cekak Malaysia |
Semangat kerjasama dan persaudaraan diterapkan di kalangan ahli-ahli PSSCM di seluruh negara |
Sesi ujian praktikal PSSCM merupakan komponen penilaian tahap kecekapan dalam ilmu Silat Cekak Malaysia |
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kami, sila layari media sosial kami;