Sabtu, 22 April 2017: PSSCM Putrajaya menghadiri Sambutan Israk Mikraj, Majlis Makan Malam dan Mesyuarat Ahli PSSCM Ibu Pejabat@Dewan MPH, Menara TM. Lebih 500 ahli PSSCM Lembah Kelang dan IPT menghadiri program-program ini.
Program tahunan ini dimulakan dengan forum Israk Mikraj agama yang disampaikan oleh tokoh-tokoh PSSCM sendiri dari PSSCM Negeri Sembilan, Pahang dan ibu Pejabat yang dihadiri ahli-ahli PSSCM Lembah Kelang.
Krew Tim Protokol dan Istiadat dari PSSCM Putrajaya dan Sg Besi menjadi antara tulang belakang kejayaan program |
Majlis diteruskan dengan program makan malam yang diselang-selikan dengan persembahan kebudayaan, hiburan dan cabutan bertuah. Tahniah kepada Tim PSSCM Putrajaya kerana sokongan dan kerjasama menjayakan program ini. Tahun depan kita jumpa lagi.