Sabtu, 8 Julai 2018...Ahli-ahli PSSCM Putrajaya telah menghadiri Sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Badan Kebajikan Penduduk (BAKEP) Blok 4D, Presint 9 Putrajaya. Kehadiran ahli-ahli PSSCM Putrajaya ini telah membuktikan sokongan dan semangat kerjasama di antara komuniti PSSCM dengan BAKEP meskipun pada malam yang sama sebahagian besar ahli-ahli PSSCM Putrajaya menghadiri Sambutan Aidil Fitri PSSCM di Dewan Datuk Hj Maideen di Ampangan, Negeri Sembilan.
Acara ini merupakan program tahunan anjuran BAKEP Blok 4D dalam usaha mengeratkan silaturahim di kalangan para penduduk dan komuniti setempat.
Insya Allah di tahun depan PSSCM Putrajaya akan menyertai lagi program ini.
Lain-lain foto menarik...