Sabtu 8 Julai 2017...PSSCM meneruskan tradisi menyambut Aidil Fitri dalam suasana meriah, kali ini di adakan di Dewan Datuk Haji Maideen di Ampangan Negeri Sembilan. Pada tahun lepas program Aidil Fitri telah diadakan di Ipoh bersamaan dengan program Cekak Explorace 2.0.
Program ini turut dihadiri oleh PSSCM Putrajaya bersama keluarga.
YM Guru Utama dan isteri turut bersama mengacau dodol Nismilan |
Pelbagai juadah istimewa telah disediakan hasil gotong royong memasak oleh ahli-ahli PSSCM dari seluruh negeri. seramai lebih 2,000 orang tetamu terdiri dari para ahli dan keluarga, komuniti setempat dan wakil-wakil media menghadiri program ini.
Walaupun letih suasana tetap ceria dengan hidangan dan pemberian duit raya kepada anak-anak selain pemberian hadiah dan sijil penyertaan kepada ahli-ahli peserta Karnival Sukan Tradisional 2.0 yang diadakan siang tadi.