Friday, 7 July 2017

Karnival Sukan Tradisional 2.0 PSSCM ...Tim Putrajaya tidak ketinggalan!!!



Sabtu, 8 Julai 2017... Karnival Sukan Tradisional 2.0 anjuran PSSCM sedang berlangsung di Stadium Paroi, Ampangan Negeri Sembilan. Lebih 500 orang peserta menyertai program ini yang bertujuan menanam semangat kesukanan, kerja berpasukan dan mengeratkan silaturrahim.



PSSCM Putrajaya juga tidak ketinggalan menghantar Tim Tarik Tali bergelar "Badang Putrajaya" yang turut memberikan saingan hebat kepada pasukan-pasukan lain. 




PSSCM telah mengadakan program kesukanan sebegini setiap tahun. Tahun-tahun sebelumnya PSSCM telah menganjurkan explorace di Pantai Balok Kuantan dan Ipoh Perak dengan diikuti sambutan Hari Raya. 

Pada malam nanti PSSCM akan anjurkan Program Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Datuk Haji Maideen, Paroi. Dijangkakan lebih dari 2,000 orang tetamu yang terdiri dari ahli-ahli PSSCM dan ahli keluarga serta masyarakat awam akan menyertai program ini yang telah diberikan liputan promosi oleh RTM di https://youtu.be/az3KZwzuIxM dan https://www.youtube.com/watch?v=uIZ7paHYQDU serta TV3 di https://www.youtube.com/watch?v=voyKi5lsG3k

Foto-foto menarik:...