Saturday, 20 January 2018

Program jamuan santai keluarga PSSCM Putrajaya


Sabtu, 20/1/2018: PURAJAYA. Program makan santai-santai tim PSSCM Putrajaya bersama warga komuniti setempat telah diadakan di Presint 8, Putrajaya. Bersempena program tersebut doa selamat turut diadakan sebagai tanda kesyukuran bersempena dengan 7 tahun bertapaknya PSSCM di Putrajaya.

AlhamduLillah kehadiran dan sumbangan ahli-ahli PSSCM Putrajaya telah menyerikan program ini. Majlis dimulakan dengan solat isyak berjemaah di surau berdekatan diikuti bacaan doa selamat di rumah tuan rumah.



Melalui program sebegini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara sesama ahli persatuan dan keluarga serta jiran-jiran di komuniti berdekatan.

Insya Allah aktiviti sebegini akan diadakan setiap bulan secara bergilir-gilir. Bukan hidangan makanan dan minuman yang diutamakan tetapi ukhwah dan persahabatan lebih utama. 

Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menjadi host pada bulan Januari 2018 ini.



Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM@2018