Jumaat, 22 Sept 2017...Bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah 1439, PSSCM Putrajaya secara tradisinya turut menyertai program Marhaban, Berzanji dan Qasidah Burdah di Dewan Datuk Hj Maideen,PSSCM, Negeri Sembilan.
Tema Program ini masih mengekalkan tema Perayaan 52 Tahun PSSCM iaitu "Budaya Silat Teras Transformasi Negara"
Pada sebelah petangnya program diteruskan dengan Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM. Seramai 961 orang ahli PSSCM ditauliahkan oleh YM Datuk Guru Utama merangkap Presiden PSSCM menjadi barisan Tenaga Pengajar PSSCM di seluruh negara.
Lebih 1,200 orang ahli PSSCM seluruh negara menghadiri program ini.
Alhamdulillah sehingga kini lebih 140 buah kelas latihan PSSCM beroperasi di seluruh negara dengan 87 buah darinya adalah kelas latihan di institusi-institusi pengajian negara seperti universiti, kolej, maahad dan sekolah menengah termasuklah di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) yang merupakan sekolah perintis Program 1 Sekolah 1 Silat.
Kepada barisan Tenaga Pengajar...Selamat menjalankan tugas
YMDGU bersalaman dengan para penuntut di akhir program |