Saturday, 30 September 2017

USIM: Dua Pembentangan Kertas Kerja PSSCM Harumkan Nama Cekak @I-Stet USIM


Sabtu, 30 September 2017, NILAI: PSSCM telah menghantar 2 orang pembentang kertas kerja ilmiah berkaitan PSSCM dan Tamadun Melayu di Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami 2017 (I-STET 2017) bertempat di Pusat Pengajian Teras Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Seminar yang dihadiri oleh seramai 32 orang pembentang kertas kerja mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi dan NGO ini membentang sebanyak 32 buah kertas kerja yang akan dimasukkan di dalam Jurnal akademik USIM dan Pusat Pengajian Teras.

Seminar ini turut disertai oleh wakil-wakil pembentang dari Universiti -universiti dari Indonesia.




Wakil dari PSSCM yang turut membentangkan kertas kerja ilmiah mereka adalah Ar Dr Mastor bin Surat dari UKM dan Tuan Shukri bin Janudin dari UPM. Tajuk-tajuk kertas kerja mereka ialah;

a. I-STET17-003: Mengenalpasti Agama Orang Melayu Sebelum Islam Melalui Pendekatan Bahasa Pertuturan dan Bahasa Senibina Purba Melayu oleh Ar. Dr Mastur bin Surat

b. I-STET17-017: Peranan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Di dalam Pembangunan Komuniti Melayu-Muslim Berteraskan Ilmu Persilatan oleh Tuan Shukri bin Janudin

Sila rujuk:

http://ppt.usim.edu.my/images/files/Prosiding2017.pdf
file:///C:/Users/User/Downloads/Prosiding2017.pdf

Semoga dengan penyertaan  2 orang wakil PSSCM ke dalam seminar ini berjaya meningkatkan taraf ilmu dalam seni silat Melayu khususnya merealisasikan Silat Cekak Silat Akademik.   

Insya Allah semoga tahun depan PSSCM akan menghantar lagi wakil-wakil mereka. Hidup Cekak!!!

Foto-foto menarik;















Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya@2017