Ahad, 11 Jun 2017...Program Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih anjuran PSSCM. Syukur lebih 200 orang ahli PSSCM hadir ke program tahunan ini yang diadakan di Sekolah Antarabangsa Setiabudi , Gombak Selangor. PSSCM Putrajaya turut serta memeriahkan program ini.
Program dimulakan dengan tadarus Al Quran oleh para peserta yang terdiri dari mahasiswa-mahasiswi IPTA dari UIAM dan ahli-ahli PSSCM Ibu Pejabat. Selepas selesai solat tarawih dan witir, satu tazkirah Nuzul Quran telah disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Rosli Jamaluddin dari PSSCM Cawangan Kedah.
Semoga majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim dan memberikan keberkatan ilmu kepada kita semua. Insya Allah tahun depan PSSCM akan menganjurkan lagi program keagamaan sebegini.
Selamat meneruskan ibadah Ramadhan.