Monday, 5 June 2017

Majlis Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri bersama NGO@Putrajaya



Isnin, 5 Jun 2017...Seramai 30 ahli PSSCM telah diundang untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri;  YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana Presint 10 Putrajaya. 


Majlis yang dihadiri lebih 2,000 orang tetamu ini turut disertai oleh pelbagai wakil agensi kerajaan, NGO's dan wakil-wakil persatuan komuniti Putrajaya termasuk delegasi dari PSSCM Putrajaya. Tetamu yang ramai ini menggambarkan semangat muhibbah di kalangan rakyat Malaysia dan dapat menghidupkan tradisi hormat-menghormati antara rakyat dengan pemimpin.




Program Iftar bersama YAB PM ini merupakan tradisi tahunan yang sering disertai oleh PSSCM sebagai sebuah pertubuhan komuniti yang bersama-sama terlibat di dalam membangunkan ummah dan masyarakat menerusi wadah persilatan dan kebudayaan Melayu-Islam di negara ini.   



YAB PM turut menerima sebuah cenderahati dari YM Datuk Guru Utama mewakili PSSCM









Semoga program sebegini dapat mengukuhkan keyakinan masyarakat terhadap penglibatan PSSCM di dalam program-program pembangunan komuniti dan kebudayaan di negara kita.

Syabas dan tahniah kepada delegasi PSSCM yang menghadiri dan memeriahkan program sebegini. Insya Allah kita berjumpa lagi tahun depan. Orang jemput kita datang dengan hati yang senang...