Tuesday, 15 April 2025

SEMBAH MENGADAP KEHADAPAN DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH OLEH PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

Sumber foto: FB Kedah Royal Family


15 April 2025 – KUALA LUMPUR: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah perkenan menerima mengadap oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), di Istana Darul Aman, di sini, hari ini.

Turut mengiringi keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Kedah ialah Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah bin Tengku Sarafudin Badlishah.


Sumber foto: FB Kedah Royal Family

Sumber foto: FB Kedah Royal Family


Hadir sama adalah Encik Mohd Hafiz bin Jamil, Setiausaha Agung PSSCM; Encik Ahmad Marzuki bin Mohd Rasul, Yang Di-pertua PSSCM Cawangan Kedah dan Dr. Mohd Firdaus bin Abdul Razak, Setiausaha Jabatan Penyelidik & Pembangunan PSSCM serta ahli jawatankuasa PSSCM.

Sumber foto: FB Kedah Royal Family


Sumber foto: FB Kedah Royal Family

Sebagai simbolik penghormatan, satu demonstrasi persembahan seni pertahanan diri turut dipersembahkan oleh ahli-ahli PSSCM sebelum keberangkatan pulang YTM Tunku Sulaiman Badlishah.

Sumber foto: FB Kedah Royal Family

Kredit foto dan berita ihsan dari;

pejabat.kdymm@kedah.gov.my
FB: Kedah Royal Family
Jabatan Penerangan PSSCM






Alhamdulillah, merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku kerana sudi menerima sembah kunjungan patik-patik sekalian dari PSSCM.

Semoga hubungan antara DYTM Tuanku dan PSSCM diberkati Allah SWT jua, Aamiin

Daulat Tuanku!!!

Disediakan oleh;

PSSCM Kelas Latihan Putrajaya@2025

No comments:

Post a Comment