Saturday, 22 March 2025

Majlis Iftar PSSCM Kelas Latihan Putrajaya 2025

 


Sabtu, 22 Mac 2025: Syukur Alhamdulillah PSSCM Kelas Latihan Putrajaya sekali lagi telah berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa 2025 dengan kehadiran lebih 40 peserta bersama kaum keluarga.


Pelbagai juadah disediakan oleh pihak penganjur berupa potluck

Penganjuran majlis tahunan ini bertujuan merapatkan hubungan ukhwah dan silaturahim dalam kalangan ahli PSSCM dan keluarga sempena keberkatan bulan suci ini. 




Pada tahun ini genaplah usia 15 tahun PSSCM bertapak di Putrajaya dan 60 tahun Silat Cekak.  

Insya Allah kita jumpa lagi dalam Iftar PSSCM 2026.





Salam Ramadhan dari kami semua...

Disediakan oleh:

Unit Media PSSCM Kelas Latihan Putrajaya@2025

No comments:

Post a Comment