Monday, 10 February 2025

Bengkel Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan PSSCM 2025-2028


Seremban, Ahad 9 Februari 2025: Bertempat di Kompleks Silat Datuk Haji Maideen, Seremban Negeri Sembilan. PSSCM telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik & Pelan Tindakan PSSCM 2025-2028 yang  dirasmikan oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM. 


Penganjuran Bengkel ini menjadi platform bagi PSSCM dalam merangka pelbagai strategi dan pelan tindakan dalam suasana Sambutan Perayaan Jubli Intan 60 Tahun PSSCM. 



Seramai 78 orang ahli daripada 10 buah Jabatan, 3 Unit dan 1 Biro PSSCM terlibat dalam Bengkel dengan 80% penyertaan adalah terdiri daripada golongan belia PSSCM yang menjadikan persatuan ini bersifat progresif dalam melahirkan kepimpinan yang berwawasan hasil perancangan jangka panjang PSSCM sejak kepimpinan Guru-Guru Silat Cekak terdahulu.




Format bengkel telah menetapkan beberapa kriteria bagi setiap Jabatan, Unit dan Biro. Antaranya pemerkasaan bidang tugas, penilaian prosedur operasi standard, analisa SWOT dan pelan tindakan.



PSSCM Kelas Latihan Putrajaya turut menghantar beberapa orang wakil bagi menjayakan Bengkel ini.


Hasil percambahan idea-idea ini telah mengenalpasti langkah-langkah strategik khususnya untuk kelestarian PSSCM 100 tahun akan datang. 


Iltizam PSSCM adalah agar Seni Mempertahankan Diri khususnya Seni Silat dapat kekal menjadi wadah pembentukan masyarakat yang seimbang dari aspek jasmani dan rohani.

Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM

Disediakan oleh:

PSSCM Putrajaya@2025 


No comments:

Post a Comment